})();

nuffnang

16 January 2013

POLIS semakin hebat




KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus menerajui carta saingan bola sepak Liga Perdana 2013 dengan mencipta kejutan besar apabila membenam pasukan Liga Super musim lalu, Kedah 2-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka, semalam.


Anak buah R. Nallathamby itu kini mengumpul sembilan mata selepas tiga perlawanan dan meninggalkan pencabar terdekat, Sarawak yang cuma mampu mengikat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya 1-1 di Stadium Hang Tuah, Melaka.


Khairul Izuan Abdullah menyumbat kedua-dua gol PDRM, menerusi tolakan masuk daripada hantaran Nigoh Mukol pada minit ke-14 sebelum menambahnya dengan sepakan lambung yang memerangkap Kedah, minit ke-76.


Dalam pada itu, SPA mengejutkan Sarawak dengan jaringan Hanifuddin Rahman hasil gerakan satu dua pada minit kelapan tetapi berjaya dibalas dengan gol penyamaan daripada Bobby Gonzalez, minit ke-46.
Karlo Primorac dan Fazrul Hazli Mohd. Kadri pula memastikan tiga mata dan kemenangan 2-0 buat Sime Darby ke atas tuan rumah, Perlis dengan gol masing-masing pada minit kesembilan dan 76 di Stadium Utama, Kangar.


Jaringan Shahrudin Yakub dan gol sendiri Tomas Chovanec menjulang tuan rumah, Sabah untuk menundukkan kelab dari Negeri Sembilan, Betaria 2-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Gol tunggal tandukan Saufi Ibrahim hasil umpanan lintang dari sebelah kiri seawal minit pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pula membolehkan Pos Malaysia mengatasi UiTM 1-0. - Utusan

No comments:

Post a Comment