})();

nuffnang

24 December 2012

Malaysia Benam Jepun


KUALA LUMPUR - Skuad hoki kebangsaan memulakan saingan Kejuaraan Hoki Trofi Asia 2012 di Doha dengan langkah kanan apabila garang menundukkan Jepun 4-1 pada perlawanan pembuka tirai, semalam.


Pengurus pasukan kebangsaan, Mohamad Saberi Salleh berkata, kemenangan tersebut adalah permulaan baik buat Malaysia pada kejuaraan tersebut.


Malah, Mohamad Saberi turut memberitahu, skuad kebangsaan yang berada di bawah bimbingan jurulatih dari Afrika Selatan, Paul Revington menguasai hampir keseluruhan perlawanan itu.


"Saya dapat lihat pemain di setiap posisi beraksi pada tahap yang membanggakan dan melaksanakan tugas dengan baik.


"Saya harap pemain dapat meneruskan prestasi sebegini bagi setiap perlawanan yang bakal dihadapi selepas ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.


Pasukan kebangsaan yang beraksi dalam cuaca 18 darjah Celsius pada perlawanan semalam tidak menunggu lama untuk mendapatkan jaringan apabila meledak gol pertama melalui Tengku Ahmad Tajuddin Abd. Jalil seawal minit ketiga sebelum jaringan kedua oleh penyerang berbisa negara Faizal Saari minit ke-17.


Malaysia terus menambah derita Jepun apabila meledak dua lagi gol pada minit ke-32 melalui Hafifihafiz Hanafi dan Muhammad Razie Abd. Rahim minit ke-58 untuk menguasai perlawanan.


Gol tunggal Jepun diperolehi hasil jaringan Tachibana minit ke-65.


Hari ini Malaysia yang berada pada ranking ke-13 dunia dijadual menentang pasukan ke-36 dunia, Oman untuk perlawanan kedua. - Utusan Melaysia

No comments:

Post a Comment