KUALA TERENGGANU - Selepas dibenam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 0-3 tempoh hari, pasukan berstatus kelab, T-Team terus dirundung malang apabila tewas dengan jaringan yang sama ketika menerima kunjungan PKNS di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, semalam.
Biarpun diperkuatkan semula dengan kehadiran bekas kapten skuad Penyu, Marzuki Yusof yang kembali beraksi selepas berehat panjang hampir setahun, ia masih gagal menutup kelemahan benteng pertahanan tuan rumah yang dilihat rapuh setiap kali menerima asakan skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim.
Pada masa yang sama, jentera tengah T-Team juga dilihat gagal berfungsi dengan baik tanpa kehadiran ketua pasukan, George Boateng yang mengalami kecederaan sekali gus menyaksikan tiada gerakan menarik dapat dicipta tuan rumah sepanjang perlawanan berlangsung.
Bermula dengan penuh semangat, jentera serangan tuan rumah bagaimanapun menghadapi masalah untuk menembusi kubu pertahanan pelawat yang dikawal dengan baik.
Sebaliknya, kealpaan benteng pertahanan skuad The Titans dihukum seawal minit ke-14 apabila penyerang pelawat, Zamri Morshidi bijak menanduk masuk umpanan Mohd. Fauzan Dzulkifli hasil satu sepakan sudut.
Penyerang import PKNS, Patrick Ronaldinho kemudian menambah derita tuan rumah apabila pantas menyambar hantaran Zamri sebelum menolak masuk gol kedua pelawat pada minit ke-31.
Gol tersebut nyata merentap semangat juang anak-anak buah Peter Butler yang cuba bangkit untuk merapatkan kedudukan namun digagalkan oleh tindakan penyudah jentera serangan mereka yang diterajui penyerang import, Caleb Folan.
Pemain gantian PKNS, Muhamad Fakrul Aiman kemudian memanfaatkan kesilapan penjaga gol tuan rumah, Mohd. Amirul Abu Seman yang gagal menendang keluar bola daripada kawasan bahaya untuk gol ketiga pelawat pada minit ke-71.
T-Team cuba untuk bangkit pada minit-minit akhir permainan namun ketumpulan jentera serangan mereka mengagalkan hasrat pasukan itu untuk mencari sekurang-kurangnya satu gol sebelum perlawanan berakhir. - Utusan

No comments:
Post a Comment