})();

nuffnang

31 January 2013

SIC janjikan penganjuran terbaik


KUALA LUMPUR - Grand Prix Formula Satu Malaysia 2013 yang memasuki edisi ke-15 menjanjikan satu lagi penganjuran yang penuh kematangan dan menarik oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebagai tuan rumah.

Sejak kali pertama dianjurkan pada 17 Oktober 1999, Litar Antarabangsa Sepang tidak pernah terkeluar daripada kalendar perlumbaan Formula Satu (F1).

Bersempena ulang tahun penganjuran ke-15 GP Malaysia, SIC telah menyusun pelbagai acara menarik termasuk membawa kumpulan legenda rock terkenal, Gun N' Roses ke tanah air.

Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Mahathir berkata, sejak penganjuran kali pertama lagi, sokongan yang diterima daripada peminat sukan pemotoran tempatan tidak pernah berkurangan, malah semakin meningkat tahun demi tahun.

"SIC menyifatkan perlumbaan kali ini amat istimewa setelah 14 tahun menjadi tuan rumah kepada kejuaraan yang cukup berprestij iaitu F1.

"Perlumbaan yang turut membantu mengembangkan industri sukan pemotoran di negara ini dengan melahirkan bakat-bakat tempatan, selain memberi ruang kepada para peminat menyaksikan kejuaraan berkelas dunia," katanya pada majlis pelancaran Grand Prix (GP) F1 Malaysia 2013 di sini, semalam.

Turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta isteri, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Taib dan Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali.
Menurut Mokhzani, sebagai menghargai sokongan yang diberi rakyat Malaysia selama ini, SIC akan mengadakan pelbagai program menarik seperti konsert daripada artis antarabangsa Gun N' Roses, pameran automobil, Makan Malam F1; pameran Petronas dan Jualan Mega GP Malaysia.

Mengenai GP Malaysia, beliau menjelaskan, sebanyak 11 buah pasukan bakal mengambil bahagian tahun ini termasuk pasukan yang memiliki kepentingan negara iaitu Mercedes AMG Petronas, Caterham F1 Team dan Lotus-Renault.


"Saya yakin perlumbaan tahun ini pasti menarik lebih-lebih lagi dengan kehadiran bekas juara dunia, Lewis Hamilton yang menyertai Mercedes AMG Petronas dari McLaren Mercedes," ujarnya.- Utusan

No comments:

Post a Comment