Matias Cordoba Kapten Pulau Pinang Yakin Kekal Liga Super 2017
Aksi yang kurang memberangsangkan skuad Pulau Pinang dalam Liga Super 2016 menjadikan peminat resah dalam menunggu pertemuan terakhir penentuan yang bakal menyaksikan kesudahan nasib Pulau Pinang menentang Terengganu di Stadium Bandaraya Sabtu ini 22hb Oktober 2016.
Pertemuan ini yang dianggap sebagai "Final" Liga Super oleh sesetengah penyokong disebabkan ianya bakal ditayangkan oleh TV3 nanti. Dalam pada itu keseluruhan pasukan amat komited untuk memberi persembahan terbaik mereka.
Jelasnya, matlamat memastikan Pulau Pinang kekal di Liga Super pada musim depan menjadi pemangkin semangat buat mereka semua meneruskan latihan dengan penuh komitmen menjelang aksi 22 Oktober ini.
Di minda Matias hanya satu iaitu pada 2017, Pulau Pinang terus kekal di Liga Super dan tidak rela melihat persinggahan mereka sekadar terhenti selama satu musim.
“Moral masih tinggi dalam kalangan pemain menjelang perlawanan terakhir liga kerana kami tahu begitu penting perlawanan ini demi masa depan kami dan pasukan Pulau Pinang sendiri. Sudah tentu kami jangkakan perlawanan paling sukar serta tekanan yang tinggi namun harap semua boleh memberikan 100 peratus fokus dan meraih tiga mata.
Bila sudah tidak menang dalam empat perlawanan, sudah tentu moral kebanyakkan pemain serba sedikit akan jatuh tetapi kes ini berlainan sama sekali. Semua rakan sepasukan saya masih fokus kerana kami semua punyai objektif yang sama iaitu pada 2017, Pulau Pinang masih berada di Liga Super, saya percaya rakan sepasukan mampu menceriakan seluruh peminat bola sepak Pulau Pinang dengan kemenangan di Bandaraya,”katanya.
Dalam masa sama, dia mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan terutama Presiden FAP, Datuk Seri Nazir Ariff yang memberikan sokongan kepada semua pemain sejak bermula awal musim walaupun keputusan pasukan tidak menentu.
Tambahnya, jika mereka mampu memastikan slot Liga Super kekal menjadi milik Pulau Pinang, itu akan menjadi hadiah terbaik kepada pihak pengurusan FAP.
“Presiden dan pengurusan sentiasa memastikan kebajikan pemain berada di tahap terbaik sepanjang tahun ini malahan tidak putus-putus memberikan sokongan. Kali ini giliran kami pula bantu mereka dengan mempertahankan maruah pasukan daripada terjerumus ke Liga Perdana pada musim depan,” katanya.
Selain itu, Cordoba mengharapkan Stadium Bandaraya pada 22 Oktober ini akan dipenuhi ribuan penyokong setia Pulau Pinang yang sentiasa berada di belakang pasukan sepanjang musim ini.
Admin berharap seluruh peminat setia Pulau Pinang sama-sama turun memenuhi setiap ruang yang ada demi menyelamatkan maruah Pulau Pinang dengan sokongan jitu dan padu tanpa berbelah bahagi. Apatah lagi dengan tiket teres percuma sebanyak 6000 keping dan tiket grandstand hanya berharga RM10 sahaja. Ayuh warga Pulau Pinang penuhkan Bandaraya...
No comments:
Post a Comment