})();

nuffnang

09 November 2012

Pemain Tak Setia Tak Leh Bonos




KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membayangkan untuk tidak memberikan bonus kejuaraan tiga piala kepada mana-mana pemain yang 'berkeras' untuk berhijrah tanpa mendapat persetujuan daripada persatuan.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar musa berkata...bonus tersebut hanya akan hanya diberikan kepada pemain yang setia kepada pasukan Kelantan.

"Berjasa sahaja tidak cukup, kita mahu pemain berjasa dan setia bersama pasukan.
"Bonus adalah hak persatuan seratus peratus dan pemain yang memilih untuk keluar tanpa persetujuan persatuan tidak akan mendapat bonus tersebut.

"Asasnya bonus untuk pemain kerana apabila kita hendak dia beraksi dengan Kelantan dan setia bersama Kelantan, mereka berhak untuk mendapatnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis kesyukuran menyambut kepulangannya dari menunaikan ibadat haji di Seri Puri, Bukit Marak di sini kelmarin.

Utusan Malaysia semalam melaporkan juara treble, Kelantan bakal kehilangan kelibat pemain sayap lincah, Nurul Azuan Roya selepas pemain itu memutuskan untuk berhijrah ke pasukan Johor pada musim depan.

Selain Nurul Azuan, Red Warriors turut dikhabarkan bakal kehilangan penyerang sensasinya Norshahrul Idlan Tahala yang dilaporkan mahu meninggalkan pasukan tersebut juga untuk menyarung jersi Johor.

Mengulas mengenai isu melibatkan Nurul Azuan yang meninggalkan pasukan selepas kontraknya tamat, Annuar memberitahu ia akan diputuskan oleh jawatankuasa pengurusan.

"Perkara ini akan dibincangkan oleh jawatankuasa pengurusan dan mereka akan membuat keputusan berhubung perkara berkenaan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Annuar menjelaskan KAFA tidak terkejut sekiranya ada pihak yang akan menjadikan agihan bonus tersebut sebagai isu.

"Mereka boleh buat isu, tetapi bonus adalah hak saya. Takkan awak nak bagi penghargaan kepada mereka yang tidak setia," katanya. - Utusan