})();

nuffnang

08 November 2012

ATM Lanjutkan Kontrak HAI-O



Veteran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar atau Hai-O memilih kekal bersama kelab itu sehingga penghujung musim depan.



Berita ini jelas menggembirakan penyokong The Gladiators selepas kehilangan pasangan kembar; Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Radzak serta Azmi Muslim yang berhijrah ke Johor bagi musim baru Liga Malaysia 2013.

Menurut Hai-O, keputusan untuk kekal bersama ATM disebabkan banyak perkara perlu ditimba daripada jurulatihnya, B Sathianathan. Malah, kecekapan dan sistem pengurusan yang bagus juga turut menjadi faktor utama mengapa beliau memilih untuk terus bersama ATM musim depan.

KEKECEWAAN kehilangan tiga pemain tonggak pengendali pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B Sathianathan seakan terubat apabila kapten pasukannya, Hairuddin Omar kekal beraksi bersama skuad Tentera musim depan.


Mengesahkan perkara itu, Sathia juga pengurus pasukan ATM berkata, keputusan dibuat selepas penyerang berusia 33 tahun itu adakan perjumpaan bersamanya dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT), Mejar Jeneral Datuk Mazlan Kasap.


"Hai-O sudah bersetuju menyambung setahun kontrak bersama ATM secara lisan semalam (Isnin) dan akan menandatangani kontrak dalam masa terdekat," katanya kepada Sinar Harian semalam.


Sebelum ini, Sathia terpaksa melupakan khidmat Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Radzak serta Azmi Muslim berikutan perpindahan mereka ke pasukan Johor musim depan.


Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai keputusannya untuk kekal bersama skuad Tentera, Hai-O berkata,"Masih banyak lagi yang saya mahu pelajari daripada jurulatih Sathia. Malah kecekapan dan sistem pengurusan bagus juga turut menjadi faktor utama mengapa saya memilih untuk terus bersama ATM."

Komen Saya: Pasti ATM akan terus mantap dan terus maju menjelang Sepak Mula 2013 nanti.


MUNGKIN ANDA INGIN BERNIAGA DI PASAR MALAM, LIHAT PANDUAN YANG MUDAH INI






No comments:

Post a Comment