})();

nuffnang

30 November 2012

Harimau Malaya Menang


KUALA LUMPUR 29 Nov. - Perjalanan skuad Harimau Malaya dalam Piala AFF Suzuki belum berakhir meskipun mencatatkan kemenangan bergaya menewaskan Laos, 4-1 pada aksi kedua kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.


Ketua jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal berkata kemenangan tersebut merupakan suntikan moral terbaik kepada skuad kendaliannya menjelang aksi terakhir kumpulan menentang musuh tradisi, Indonesia pada Sabtu ini.


"Namun, saya mahu pemain kita melupakan kemenangan (malam) ini (ke atas Laos) dan memfokus perlawanan menentang Indonesia kerana saya fikir perlawanan menentang mereka (Indonesia) tidaklah mudah," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.


Empat gol skuad Harimau Malaya dijaringkan oleh Safiq Rahim pada minit ke-15, Mohd Safee Mohd Sali (minit ke-67), Wan Zack Haikal Wan Nor (minit ke-75) dan Mohd Khyrill Muhymeen Zambri pada minit ke-79.


Mengulas mengenai peluang mereka untuk menempah slot ke separuh akhir, Rajagobal optimis bahawa pasukannya masih berpeluang untuk melepasi peringkat kumpulan.


"Sebagai jurulatih, saya masih yakin dan optimis dengan prestasi pasukan kita," katanya.


Sementara itu, jurulatih Laos Kokichi Kimura berkata Malaysia mempunyai kumpulan pemain yang berbakat dan berharap pemain-pemainnya akan belajar sesuatu bila berdepan dengan pasukan yang mempunyai pemain berpengalaman seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia.


Pasukan Laos akan menyelesaikan perlawanan mereka dalam Kumpulan B menentang Singapura, Sabtu ini di Stadium Shah Alam. - Utusan

No comments:

Post a Comment