})();

nuffnang

13 April 2013

Rombakan Pasukan Kelantan


KOTA BHARU 12 April - Penyerang kelahiran Lagos, Nigeria Dickson Nwakeami, 26, menjadi pilihan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi menggantikan Keita Mandjou bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) berkuat kuasa serta merta.

Nwakeami yang sebelum ini beraksi dalam saingan Piala AFC didaftarkan pada sesi perpindahan pemain bermula 8 April lalu dan dijangka membuat penampilan pertama dalam aksi Liga Super bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini esok.

Berita mengenai pendaftaran tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim ketika dihubungi di sini hari ini.
Azman berkata, selain Nwakeami, Kelantan turut membawa masuk pemain penyerang iaitu Ahmad Fakri Sa'arani yang sebelum ini beraksi di Portugal.

Menurutnya, kehadiran dua pemain tersebut dijangka akan menambah sengat di bahagian serangan selain memberikan kelebihan kepada Ketua Jurulatih, Bojan Hodak untuk membuat pilihan posisi berkenaan.

"Pendaftaran kedua-dua pemain ini telah diluluskan semalam (kelmarin) dan boleh diturunkan pada 
pertemuan dengan ATM. Bagaimanapun kedua-duanya bergantung kepada percaturan yang bakal dilakukan oleh ketua jurulatih," ujarnya. - UTUSAN ONLINE


No comments:

Post a Comment