})();

nuffnang

04 April 2013

ARTIKEL 88 Akan DiRombak


KUANTAN - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengkaji semua klausa yang terdapat dalam Statut badan bola sepak negara itu, termasuk Artikel 88 bagi memastikan ia sesuai dengan keadaan semasa.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, sudah sampai masanya setiap klausa-klausa yang ada dalam Statut FAM dikaji dan diperbaharui termasuklah Statut Artikel 88.

"Saya rasa bukan sahaja ketelusan Statut Artikel 88 perlu dilihat semula, tetapi kita perlu melakukan perubahan secara keseluruhan dalam Statut FAM.

"Sudah sampai masanya kita perlu perbaharui Statut FAM ini, melengkapkan dengan klausa-klausa yang setimpal dengan keadaan semasa," katanya pada sidang akhbar sempena Anugerah Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2013 di sini, semalam.

Timbalan Presiden FAM itu berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai ketelusan Artikel 88 yang kini mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Mengulas lanjut berhubung Statut FAM, Tengku Abdullah menambah, langkah itu juga akan diselaraskan dengan komen-komen konstruktif daripada ahli-ahli kongres badan induk bola sepak negara.

"Buat masa ini, kita ikut peraturan sedia ada. Kalau ada yang mahu memberi pandangan mengenai sesuatu isu, ia wajar dibuat secara rasmi kepada FAM.

"Tetapi kalau buat kenyataan mengkritik melalui media tanpa merujuk kepada FAM terlebih dahulu, ia wajar diambil tindakan sebagaimana peraturan sedia ada," ujarnya.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah yang juga Naib Presiden Konfederasi Bolasepak ASEAN (AFC) memberitahu, Liga Super ASEAN akan diperkenalkan bagi memeriahkan sukan tersebut di rantau ini.

Jelas beliau, liga dwi tahunan tersebut akan melibatkan dua pasukan terbaik daripada setiap negara anggota ASEAN tanpa pusingan kelayakan.

"Format bagi liga tersebut akan dibincang dengan lebih terperinci pada Jun ini," katanya lagi.- Utusan