})();

nuffnang

04 April 2013

Prestasi RajaGobal Akan Dinilai Secara Merit


KUANTAN - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menilai pencapaian Datuk K. Rajagobal berdasarkan merit sepanjang beliau memikul tanggungjawab selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, setakat ini badan induk bola sepak negara itu itu masih belum membuat keputusan muktamad tentang nasib Rajagobal.

"Siapa tukar, siapa penggantinya masih belum tahu lagi, kita akan membuat penilaian melalui merit dan keputusan akhir hanya akan ditentukan oleh Ahli Majlis FAM," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai nasib pengendali Harimau Malaya itu dalam sidang media sempena Majlis Anugerah Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2013 di sini, semalam.

Kontrak Rajagobal dijangka berakhir pada penghujung tahun ini.

Ketika ditanya pemberita adakah nasib pengendali skuad kebangsaan itu bakal dikekalkan jika skuad tersebut layak ke Piala Asia 2015, Tengku Abdullah berkata, ia bergantung pada situasi pada ketika itu.

Beliau dalam pada itu menafikan laporan wujudnya konspirasi dalaman badan induk itu bagi menggugurkan Rajagobal. - Utusan 

No comments:

Post a Comment