})();

nuffnang

13 April 2013

Datuk Lee Chong Wei bergelar Daddy

            KUALA LUMPUR - Jaguh badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menjadi orang paling gembira semalam selepas isterinya, Wong Mew Choo selamat melahirkan bayi lelaki.

Bayi yang diberi nama Kingston Lee dan seberat 3.5 kilogram itu dilahirkan melalui pembedahan di Hospital Gleneagles pada jam 2.30 petang di sini, semalam.

Chong We, 30, yang menemani isterinya sepanjang pembedahan berkata, dia amat gembira kerana isterinya telah selamat melahirkan putera sulung mereka tanpa sebarang komplikasi.

“Isteri serta anak saya semuanya dalam keadaan okey. Saya menemani isteri saya ke dalam bilik pembedahan. Saya rasa begitu lega dan gembira.

“Ini adalah pengalaman pertama saya menjadi bapa dan harap dengan kehadiran orang baharu ini dapat membawa tuah untuk saya mencatat kejayaan lebih besar lagi," katanya di sini, semalam.

Berkongsi perasaannya setelah bergelar bapa, Chong Wei memberitahu, apa yang dirasakan ketika bayinya dilahirkan sangat berbeza sewaktu dia berada di dalam gelanggang.

Jelasnya, dia berasa lebih gementar ketika menanti isterinya melahirkan bayi mereka berbanding ketika sedang beraksi dalam sesebuah pertandingan.

“Perasaan saya begitu berbeza tidak sama ketika saya masuk ke gelanggang. Sebelum masuk ke bilik pembedahan doktor tegur saya kerana dia tengok muka saya begitu pucat. Saya rasa sangat tertekan.

“Ini adalah pertama kali saya menjadi bapa, saya tidak berani tengok (ketika bayi dilahirkan) tetapi selepas bayi dilahirkan saya berasa lega dan ini mungkin kali pertama jadi saya agak gugup, kalau anak kedua nanti mungkin lebih OK," ceritanya dengan nada penuh teruja.

Berpegang kepada kepercayaan masyarakat Tionghua, Chong Wei serta isteri hanya akan memilih nama Cina untuk anaknya itu dalam tempoh seminggu lagi.- Utusan

No comments:

Post a Comment