TAG - Liga Super 2021, Penang FC Champion ,EPL, Messi, Ronaldo,Covid-19
nuffnang
24 April 2013
ATM Terus Melangkah
Mampukah ATM terus melangkah untuk menang Jumaat ini 29/4/2013 bagi meneruskan lagi setingkat mendaki ke kedudukan carta liga...sama-sama kita saksikan...
Luis Suarez Pohon Maaf Kes Gigit
Striker Liverpool Luis Suarez menyesali aksi tidak terpujinya dengan menggigit lengan pemain belakang Chelsea Branislav Ivanovic saat kedua tim bertemu di laga lanjutan Liga Premier kemarin malam.
Suarez pun memilih meminta maaf kepada Ivanovic. Permintaan maaf tersebut disampaikan pemuda Uruguay tersebut lewat akun Twitter-nya.
"Saya sedih atas apa yang terjadi sore ini, saya minta maaf kepada Ivanovic dan seluruh dunia sepak bola untuk perilaku saya yang tidak dapat dimaafkan itu. Saya sangat menyesali kejadian tersebut!!," demikian kicauan Suarez.
Dalam laga yang berakhir imbang 2-2 itu, Suarez lolos dari kartu merah karena wasit Kevin Friend tidak melihat kejadian tersebut. Suarez malah akhirnya menjadi penyelamat Liverpool dengan gol sundulannya di menit akhir.
Meski tak mendapat kartu merah, Suarez kemungkinan akan mendapat hukuman berat karena aksi tercelanya tertangkap kamera. FA juga sudah menyatakan akan menyelidiki insiden tersebut.
Bahkan Suarez terancam terkena hukuman dari Liverpool. Pelatih Brendan Rodgers mengaku akan menyaksikan rekaman pertandingan terlebih dulu sebelum mengambil tindakan kepada eks pemain Ajax Amsterdam itu.
21 April 2013
Lions XII Kembali Rampas Tahta Liga
KUALA LUMPUR 20 April - Pasukan jemputan Singapura, Lions XII kembali merampas kedudukan sebagai pendahulu Liga Super selepas mengalahkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 3-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini.
Lions XII memintas pasukan Johor Darul Takzim dengan kelebihan dua mata selepas mengutip 27 mata daripada 13 perlawanan.
Skuad bimbingan V. Sundramoorthy membuka jaringan pada minit ke-27 menerusi Shahfiq Ghani sebelum kapten pasukan, Shahril Ishak mengandakan jaringan pada minit ke-45.
ATM berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi pemain importnya, Marlon Alex James pada minit ke-60.
Kegembiraan skuad bimbangan B. Satianathan tidak kekal lama apabila penyerang berbisa Lions XII, Shafiq mengesahkan kemenangan pada minit ke-70.
Keputusan perlawanan Liga Super dan Liga Perdana:
LIGA SUPER:
Felda United 1 - Terengganu 2
T-Team 2 - Perak 0
Lions XII 3 - ATM 1
LIGA PERDANA:
Sarawak 2 - Perlis 0
BERNAMA:
13 April 2013
Rombakan Pasukan Kelantan
KOTA BHARU 12 April - Penyerang kelahiran Lagos, Nigeria Dickson Nwakeami, 26, menjadi pilihan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi menggantikan Keita Mandjou bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) berkuat kuasa serta merta.
Nwakeami yang sebelum ini beraksi dalam saingan Piala AFC didaftarkan pada sesi perpindahan pemain bermula 8 April lalu dan dijangka membuat penampilan pertama dalam aksi Liga Super bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini esok.
Berita mengenai pendaftaran tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim ketika dihubungi di sini hari ini.
Azman berkata, selain Nwakeami, Kelantan turut membawa masuk pemain penyerang iaitu Ahmad Fakri Sa'arani yang sebelum ini beraksi di Portugal.
Menurutnya, kehadiran dua pemain tersebut dijangka akan menambah sengat di bahagian serangan selain memberikan kelebihan kepada Ketua Jurulatih, Bojan Hodak untuk membuat pilihan posisi berkenaan.
"Pendaftaran kedua-dua pemain ini telah diluluskan semalam (kelmarin) dan boleh diturunkan pada
pertemuan dengan ATM. Bagaimanapun kedua-duanya bergantung kepada percaturan yang bakal dilakukan oleh ketua jurulatih," ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Datuk Lee Chong Wei bergelar Daddy
KUALA LUMPUR - Jaguh badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menjadi orang paling gembira semalam selepas isterinya, Wong Mew Choo selamat melahirkan bayi lelaki.
Bayi yang diberi nama Kingston Lee dan seberat 3.5 kilogram itu dilahirkan melalui pembedahan di Hospital Gleneagles pada jam 2.30 petang di sini, semalam.
Chong We, 30, yang menemani isterinya sepanjang pembedahan berkata, dia amat gembira kerana isterinya telah selamat melahirkan putera sulung mereka tanpa sebarang komplikasi.
Isteri serta anak saya semuanya dalam keadaan okey. Saya menemani isteri saya ke dalam bilik pembedahan. Saya rasa begitu lega dan gembira.
Ini adalah pengalaman pertama saya menjadi bapa dan harap dengan kehadiran orang baharu ini dapat membawa tuah untuk saya mencatat kejayaan lebih besar lagi," katanya di sini, semalam.
Berkongsi perasaannya setelah bergelar bapa, Chong Wei memberitahu, apa yang dirasakan ketika bayinya dilahirkan sangat berbeza sewaktu dia berada di dalam gelanggang.
Jelasnya, dia berasa lebih gementar ketika menanti isterinya melahirkan bayi mereka berbanding ketika sedang beraksi dalam sesebuah pertandingan.
Perasaan saya begitu berbeza tidak sama ketika saya masuk ke gelanggang. Sebelum masuk ke bilik pembedahan doktor tegur saya kerana dia tengok muka saya begitu pucat. Saya rasa sangat tertekan.
Ini adalah pertama kali saya menjadi bapa, saya tidak berani tengok (ketika bayi dilahirkan) tetapi selepas bayi dilahirkan saya berasa lega dan ini mungkin kali pertama jadi saya agak gugup, kalau anak kedua nanti mungkin lebih OK," ceritanya dengan nada penuh teruja.
Berpegang kepada kepercayaan masyarakat Tionghua, Chong Wei serta isteri hanya akan memilih nama Cina untuk anaknya itu dalam tempoh seminggu lagi.- Utusan
04 April 2013
Prestasi RajaGobal Akan Dinilai Secara Merit
KUANTAN - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menilai pencapaian Datuk K. Rajagobal berdasarkan merit sepanjang beliau memikul tanggungjawab selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan.
Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, setakat ini badan induk bola sepak negara itu itu masih belum membuat keputusan muktamad tentang nasib Rajagobal.
"Siapa tukar, siapa penggantinya masih belum tahu lagi, kita akan membuat penilaian melalui merit dan keputusan akhir hanya akan ditentukan oleh Ahli Majlis FAM," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai nasib pengendali Harimau Malaya itu dalam sidang media sempena Majlis Anugerah Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2013 di sini, semalam.
Kontrak Rajagobal dijangka berakhir pada penghujung tahun ini.
Ketika ditanya pemberita adakah nasib pengendali skuad kebangsaan itu bakal dikekalkan jika skuad tersebut layak ke Piala Asia 2015, Tengku Abdullah berkata, ia bergantung pada situasi pada ketika itu.
Beliau dalam pada itu menafikan laporan wujudnya konspirasi dalaman badan induk itu bagi menggugurkan Rajagobal. - Utusan
ARTIKEL 88 Akan DiRombak
KUANTAN - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengkaji semua klausa yang terdapat dalam Statut badan bola sepak negara itu, termasuk Artikel 88 bagi memastikan ia sesuai dengan keadaan semasa.
Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, sudah sampai masanya setiap klausa-klausa yang ada dalam Statut FAM dikaji dan diperbaharui termasuklah Statut Artikel 88.
"Saya rasa bukan sahaja ketelusan Statut Artikel 88 perlu dilihat semula, tetapi kita perlu melakukan perubahan secara keseluruhan dalam Statut FAM.
"Sudah sampai masanya kita perlu perbaharui Statut FAM ini, melengkapkan dengan klausa-klausa yang setimpal dengan keadaan semasa," katanya pada sidang akhbar sempena Anugerah Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2013 di sini, semalam.
Timbalan Presiden FAM itu berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai ketelusan Artikel 88 yang kini mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.
Mengulas lanjut berhubung Statut FAM, Tengku Abdullah menambah, langkah itu juga akan diselaraskan dengan komen-komen konstruktif daripada ahli-ahli kongres badan induk bola sepak negara.
"Buat masa ini, kita ikut peraturan sedia ada. Kalau ada yang mahu memberi pandangan mengenai sesuatu isu, ia wajar dibuat secara rasmi kepada FAM.
"Tetapi kalau buat kenyataan mengkritik melalui media tanpa merujuk kepada FAM terlebih dahulu, ia wajar diambil tindakan sebagaimana peraturan sedia ada," ujarnya.
Dalam pada itu, Tengku Abdullah yang juga Naib Presiden Konfederasi Bolasepak ASEAN (AFC) memberitahu, Liga Super ASEAN akan diperkenalkan bagi memeriahkan sukan tersebut di rantau ini.
Jelas beliau, liga dwi tahunan tersebut akan melibatkan dua pasukan terbaik daripada setiap negara anggota ASEAN tanpa pusingan kelayakan.
"Format bagi liga tersebut akan dibincang dengan lebih terperinci pada Jun ini," katanya lagi.- Utusan
Sultan Ahmad Shah Duka Cita
KUANTAN 4 April - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah meluahkan rasa dukacita susulan peletakan jawatan Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ) semalam.
Sambil mengharapkan Tunku Ismail mengubah keputusannya, Sultan Ahmad Shah bertitah sejak menerajui PBNJ, TMJ diterima baik peminat bola sepak Johor.
"...saya rasa mereka (peminat dan PBNJ) memerlukannya," titah baginda kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Persekutuan Bola Sepak ASEAN, di sini semalam.
Pada masa yang sama, titah baginda, TMJ harus bersedia mematuhi undang-undang badan induk bola sepak tanah air itu jika ingin membabitkan diri dalam pengurusan sukan berkenaan.
"Dia tak boleh lari daripada undang-undang, bila kita sanggup berkhidmat demi apa juga jawatan, sebab kita (FAM) mempunyai undang-undang.
"Tiada siapa mengatasi undang-undang di Malaysia, macam saya cakap.. tidak ada satu makhluk yang tidak membuat kesilapan," titah baginda.
Semalam, Tunku Ismail dalam kenyataan medianya mengumumkan peletakan jawatan selaku Presiden PBNJ berkuat kuasa serta-merta, selepas mendapat perkenan Sultan Johor dan jawatan itu kini disandang Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Obet Tawil.
Baginda membuat keputusan itu selepas berasakan kedudukannya selaku TMJ menyukarkan baginda menjalankan tugas sebagai presiden PBNJ yang sentiasa terikat dengan undang-undang FAM.
Tunku Ismail bagaimanapun bertitah, selaku TMJ baginda layak menjadi penaung PBNJ. - BERNAMA
Tunku Ismail Letak Jawatan
JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) semalam mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkuat kuasa serta-merta.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, selain hasil perbincangan bersama Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.
"Keputusan ini saya buat kerana merasakan jika saya memegang jawatan sebagai presiden dan pada masa sama sebagai TMJ, maka amat sukar untuk saya mentadbir urus PBNJ yang sentiasa terikat dengan undang-undang dan peraturan FAM.
"Oleh kerana itu, saya membuat keputusan untuk mentadbir PBNJ sebagai penaung serta-merta mulai hari ini. Ini kerana mengikut hirarki protokol, saya sebagai TMJ layak memegang jawatan penaung dalam PBNJ," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini , semalam.
Beliau berkata, dengan menjadi penaung, ia akan membuka lebih banyak ruang dan peluang serta kelebihan bagi Tunku Ismail untuk mentadbir urus PBNJ termasuk aspek kewangan, kebajikan kakitangan dan pemain serta mampu membuat keputusan lebih tepat.
Jawatan Presiden PBNJ kini akan disandang Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Obet Tawil.
Tunku Ismail turut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penyokong bola sepak Johor yang selama ini bersusah payah memberi sokongan tidak berbelah agi kepada pasukan negeri ini.
"Sokongan padu anda semua amatlah saya hargai dan harap ia berterusan sampai bila-bila kerana dengan adanya sokongan anda, pasukan bola sepak negeri ini boleh terus gah berdiri di persada bola sepak tanah air.
"Sokongan anda diharap dapat diteruskan di masa akan datang.
"Saya berharap anda semua tidak akan risau kerana saya sentiasa berada di sini bersama anda sebagai TMJ dan sentiasa memantau serta mengikuti segala perjalanan aktiviti bola sepak negeri ini di peringkat akar umbi hingga ke peringkat global," katanya lagi - Utusan
Subscribe to:
Posts (Atom)