})();

nuffnang

08 February 2013

Terlalu Peribadi


KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, mengakui telah menemui pemain muda negara, Mohd. Nazmi Faiz Mansor bagi mendapatkan penjelasan sebenar mengapa dia meninggalkan SC Beira-Mar.

Menafikan masalah disiplin atau hubungan percintaan menjadi punca dia tidak mahu lagi kembali ke Portugal, Azzuddin berkata, perkara sebenarnya terlalu peribadi untuk didedahkan kepada umum.
Menurutnya, selepas mendengar apa yang diperkatakan oleh pemain berusia 19 tahun itu, beliau terpaksa menerima alasan yang diberikan kerana mereka tidak mempunyai sebarang kuasa menghalang Nazmi memilih haluan ke PKNS.

''Maaf, saya tidak dapat beritahu kepada pihak media mengapa dia bertindak sedemikian (meninggalkan Beira-Mar) kerana ini permintaan Nazmi sendiri di samping bersifat terlalu peribadi kepada dirinya dan keluarga.

''Saya telah mendengar semua masalah yang dia ceritakan dan kami tiada pilihan lain untuk menerimanya kerana FAM tidak mampu berbuat apa-apa dalam soal ini.
''Kuasa FAM hanya terhad sebagai pembimbing kepada Nazmi dan semua keputusan terletak antara kelab yang terlibat," katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada masa yang sama, Azzuddin tidak menolak kemungkinan kes yang melibatkan Nazmi ini mampu memberikan kesan panjang yang kurang baik kepada usaha FAM membawa lebih ramai lagi pemain beraksi di luar negara.
''Saya tidak boleh nafikan isu-isu sebegini sedikit sebanyak boleh menjejaskan peluang pemain-pemain muda berbakat yang lain untuk ke luar negara.

''Nasihat saya kepada mereka yang berpeluang mengikut jejak langkah Nazmi selepas ini supaya bersiap sedia daripada segi fizikal dan mental sebelum mencuba nasib di luar negara.

''Mereka perlu berkorban dalam banyak perkara jika mahu berjaya dan saya harap isu ini mampu memberikan pengajaran yang berguna pada masa akan datang," katanya. - Utusan 

No comments:

Post a Comment