})();

nuffnang

17 February 2013

Old Tarfford Jadi Penentu


Old Trafford jadi penentu United atau Real ke suku akhir

MADRID - Boss Real Madrid, Jose Mourinho menegaskan keputusan seri menentang Manchester United pada saingan Liga Juara-Juara semalam masih lagi belum berakhir buat pasukannya.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada perlawanan pusingan pertama 16 pasukan terakhir di Bernabeu dan keputusan itu memberi kelebihan buat United sebagai bekalan sewaktu kembali untuk perlawanan kedua di Old Trafford pada 5 Mac ini.

Namun Mourinho yang pernah memenangi Liga Juara-Juara ketika bersama Porto dan Inter Milan tetap yakin Real mampu mendapatkan lebih banyak jaringan ketika bertemu semula Manchester.

"Kami pasti mampu mendapatkan jaringan di Old Trafford kerana banyak pasukan berupaya melakukannya musim ini malah mereka juga tahu tentang perkara itu.

"Kerana dalam budaya bola sepak di England, saya tidak fikir mereka mampu untuk bermain secara bertahan.
"Mudah untuk difahami kerana jika mereka menjaringkan gol pertama kami perlu menjaringkan gol dan jika kami menjaringkan gol pertama kami akan menguasai perlawanan," kata Mourinho.

Sementara itu, jurulatih warga Portugal itu menafikan tertekan menjelang perlawanan kedua Liga Juara-Juara.

"Saya tidak merasa tekanan kerana saya telah bekerja dengan baik serta melaksanakan tugas sebaiknya.
"Real Madrid mampu untuk menjaringkan gol di tempat lawan dan hidup mesti diteruskan jumpa anda dalam tiga minggu lagi," kata Mourinho.

Sementara itu, pengurus United, Alex Ferguson adalah orang yang paling gembira selepas melihat prestasi dipamerkan oleh anak buahnya.

Ferguson berkata, pemainnya yang beraksi semalam seperti David De Gea, Welbeck dan Phil Jones telah memberikan aksi sungguh membanggakan.

"Saya fikir De Gea adalah yang paling cemerlang dan telah menyelamatkan empat atau lima percubaan.
"Kami sekadar seri 1-1 dan ketika separuh masa pertama saya kecewa kerana kami tidak bermain bersungguh-sungguh namun jaringan gol ditempat lawan penting buat kami.

"Semua ini masih belum berakhir sebaliknya memberikan kami peluang pada perlawanan selepas ini," kata Ferguson. - AFP - Utusan

No comments:

Post a Comment