})();

nuffnang

17 February 2013

Serena Pemain N0: 1 Paling Tua


DOHA - Serena Williams menjadi pemain paling tua yang merampas kedudukan No. 1 dunia apabila dia mara ke separuh akhir tenis Terbuka Qatar semalam dengan kemenangan 3-6, 6-3, 7-5 ke atas Petra Kvitova.

Williams, 31, akan mengambil alih kedudukan juara Terbuka Australia, Victoria Azarenka sebagai pemain terbaik dunia esok, apabila dia kembali pada kedudukan teratas ranking dunia buat pertama kali selepas dua tahun.

Sebelum ini Chris Evert menjadi pemain No. 1 dunia paling tua iaitu pada usia 30 tahun.
Williams, yang ketinggalan 1-4 pada set penentuan, akhirnya bangkit dengan memenangi enam daripada tujuh permainan terakhir.

"Saya amat sensitif hari ini, saya sentiasa menangis dan saya tidak menduga akan kembali ke kedudukan ini (No. 1).

"Ketika saya ketinggalan, saya mendengar penonton bersorak kepada saya dan saya tidak dapat semua itu sepanjang masa. Saya langsung tidak menyangka kembali menjadi pemain No. 1," katanya pada sidang akhbar sambil menitiskan air mata.

Williams akan menjadi pemain No. 1 dunia buat minggu ke-124 kariernya, untuk jumlah keseluruhan mengatasi Steffi Graf (377 minggu), Martina Navratilova (332 minggu), Evert (260 minggu), Martina Hingis (209 minggu) dan Monica Seles (178 minggu). - AFP

No comments:

Post a Comment