})();

nuffnang

17 February 2013

Selangor Sudah Bersedia Gempur ATM


SHAH ALAM - Kemenangan 2-0 ke atas Kelantan kelmarin membuatkan pengendali Selangor, Irfan Bakti Abdul Salim, semakin yakin skuadnya bersedia menghadapi 'pertempuran' dengan ATM dalam Liga Super, Selasa ini.

Jelasnya, dia berharap para pemain meneruskan prestasi yang sama bagi memastikan rentak kemenangan dapat dijelmakan pada perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi nanti.

"Saya puas hati dengan corak permainan pemain malam ini (kelmarin) berbanding ketika menentang Sabah tempoh hari, adalah jelas karakter yang mereka tampilkan cukup berbeza.

"Para pemain dapat mengawal emosi sepanjang permainan biarpun mendapat tekanan yang hebat daripada pihak lawan.

"Malahan mereka mampu beraksi dengan baik sama ada ketika menyerang atau bertahan yang menyebabkan kita mampu meraih tiga mata penting pada malam ini.
"Kemenangan ini menunjukkan pemain telah bersedia untuk pertembungan penting berdepan ATM beberapa hari lagi, " katanya.

Francis Forkey Doe dan Ramez Dayoub memastikan Kelantan berputih mata dengan kemenangan 2-0 hasil jaringan pada minit ke-12 dan ke-26, kedua-duanya melalui tandukan.- Utusan

No comments:

Post a Comment