})();

nuffnang

03 February 2013

Harimau Malaya kalah kepada Iraq


KUALA LUMPUR - Persiapan Harimau Malaya bagi menghadapi Qatar dalam Kelayakan Piala Asia 2015 pada 6 Februari ini semakin mencemaskan apabila kalah 0-3 kepada Iraq 0-3 dalam aksi persahabatan di Stadium Ajman, Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.

Kekalahan itu merupakan satu lagi tamparan kepada persediaan skuad kebangsaan yang mengalami krisis kecederaan pemain utama seperti Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha.

Pada perlawanan semalam, Rajagobal menurunkan Khairul Fahmi Che Mat penjaga gol utama sementara K. Reuben mendapat kepercayaan beraksi pada bahagian bek kanan.

Mohd. Amri Yahyah serta Khyril Muhymeen menerajui pula bahagian serangan yang turut dibantu Ashari Samsudin dan Azamuddin Akil.

Gawang negara dibolosi seawal minit ke-13 lagi melalui jaringan Mustafa Nadhim ekoran salah faham di antara bahagian pertahanan yang diterajui Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak dan Mohd. Fadhli Shas.

Iraq, juara Piala Asia 2007, menguasai perlawanan namun Harimau Malaya mencuba sekali sekala melancarkan serangan balas menerusi Amri.

Bagaimanapun, gawang skuad kebangsaan bocor sekali lagi hasil jaringan Muhand Abdul pada minit ke-37, yang mudah menewaskan Khairul Fahmi.

Muhand sekali lagi menjadi penjaring gol Iraq dengan gol ketiga pada minit ke-66 ketika anak-anak buah Rajagobal terus gagal mencari jaringan pembakar semangat bagi merapatkan kedudukan.

Walaupun Rajagobal memasukkan Fauzi Roslan dan Abdul Hadi Yahya menggantikan Azamuddin dan Amri pada minit ke-69, ia gagal membantu mengubah keputusan perlawanan. - Utusan 

No comments:

Post a Comment