})();

nuffnang

17 October 2013

Separuh Akhir Piala malaysia 2013

Perlawanan yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia terutamanya warga Kelantan dan seluruh warga pejuang negara iaitu ATM yang bakal berlangsung esok malam 18/10/2013 jam 8.40 malam di Stadium Selayang.

Perlawanan menebus maruah ATM ( The Gladiator ) yang telah ditewaskan oleh Kelantan pada tahun lepas. ATM pasti akan bermain bermati-matian bagi memenangi perlawanan pusingan pertama ini dan pasti akan berusaha mendapat jaringan gol sebanyak mungkin sebelum berkunjung ke Kelantan minggu hadapan.

Pada 20 Oktober 2012 Kelantan telah menewaskan ATM dengan keputusan 3 - 2. Kemenangan tipis Kelantan disaat akhir perlawanan telah meranapkan impian ATM untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2012. Namun dengan semangat yang kental pastinya ATM akan berusaha semampu mungkin membalas tanggapan Ayam tua yang digelarkan kepada pemain ATM..

Kekentalan pertahanan ATM memang tidak dapat di nafikan lagi dengan kehebatan pemain-pemain yang ditugaskan mengekang kemaraan pihak lawan.

Perlawanan malam esok akan menyaksikan ATM membenam Kelantan dengan jaringan 4 - 0 . Dan saya amat pasti seluruh rakyat Malaysia akan menyokong ATM.

             

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG MENARIK UNTUK ANDA TAMBAHKAN WANG

No comments:

Post a Comment