})();

nuffnang

20 October 2013

Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2013

Semalam 18/10/2013 telah berlangsung perlawanan separuh akhir pertama diantara ATM dan Kelantan di Stadium Selayang. Perlawanan yang cukup menarik dan hebat namun sedikit tercemar akibat padang yang basah dan digenangi air menyebabkan pergerakan kedua-dua pasukan agak sedikit terencat dari mutu permainan yang sebenar.

Namun pasukan yang terlibat mampu mempamerkan aksi perlawanan yang cukup menarik pada babak aksi separuh masa pertama dengan berjaya menjaringkan gol dan keputusan terikat dengan 1-1. ATM nampak agak hambar dan gagal menyempurnakan penyudah ke gawang gol Kelantan kerana Fitri serba tidak menjadi setelah gagal menghasilkan gol walaupun telah berada pada posisi terbaik dengan gawang gol.


                                             
Begitu juga denga Hai-O pada separuh masa kedua tersentak dan mungkin tidak menyangka yang bola berada betul-betul di hadapan beliau dan hanya jarak tidak sampai sedepa dari gawang Kelantan , namun gagal menyempurnakan gol apabila tendangan semberono beliau terbang tinggi diatas gawang Kelantan.

Marlon Alex juga dilihat serba tidak menjadi kerana sentiasa diapit oleh pertahanan Kelantan walau kemana saja beliau pergi , situasi ini menyebabkan Marlon berada dalam kekalutan dan sentiasa emosi di sepanjang perlawanan. Jurulatih B. Sathiananthan perlu melakukan sesuatu terhadap Marlon agar beliau lebih tenang semasa menghadapi situasi begini.

                                                     

Walaupun ATM tewas 1-2 kepada Kelantan namun tidak bererti segalanya sudah punah kerana dalam perlawanan bolasepak apa-apa pun boleh berlaku, minggu hadapan pada 25hb Okt 2013 ATM akan bertandang ke Kota Bharu dan masih ada 90 minit masa untuk ATM menunjukan taring.

  

Andai kata ATM berjaya menjaringkan gol di minit awal permainan dan sekurang-kurangnya 2 gol dan setelah itu memadai hanya bertahan, pastinya ATM akan melangkah ke perlawanan akhir samada antara Pahang atau Sarawak.... harapan saya agar ATM berubah dan tingkatkan stamina kerana diakhir minit separuh masa kedua , ATM tampak cukup lemah dan seolah-olah sudah kehabisan tenaga. Jadi gelaran yang di berikan sebagai "KUDA TUA" memang wajar jika di bandingkan pemain Kelantan yang tetap bertenaga sehingga ke minit akhir perlawanan.

EBOOK PASAR MALAM TERHEBAT UNTUK JANA PENDAPATAN TAMBAHAN ANDA 

No comments:

Post a Comment