})();

nuffnang

25 October 2013

ATM Pancit (KUDA TUA)

Perlawanan ATM menentang Kelantan memang hebat sehingga ramai penyokong Kelantan meninggalkan kedai-kedai mamak menyangkakan Kelantan akan tewas disebabkan keputusan perlawanan pada minit ke 80 ATM mendahului 2-0.

                        

Namun masuk minit yang ke 83 Kelantan berjaya meledak gol pertama dan seterusnya minit ke 85 sekali lagi Kelantan berjaya menggegarkan jaring ATM dengan terikat kedudukan 2-2.

ATM seperti yang kita sedia maklum akan mengalami masalah sesak nafas pada minit terakhir perlawanan seperti perlawanan pertama di Selayang juga. Semua peminat sudah sedia maklum akan masalah " PANCIT" ATM kerana disebabkan faktor umur yang sudah lanjut.




Sepatutnya ATM sudah boleh bernafas lega dan mampu melangkah ke final namun disebabkan kekurangan "ANGIN" maka semuanya hancur dan musnah dalam masa 7 minit terakhir permainan.

Apa nak di katakan lagi , diharap pada tahun hadapan pihak pengurusan ATM mengambil pemain yang lebih muda dan banyak "ANGIN". Semoga pengurusan ATM mengambil ikhtibar pada perlawanan malam ini yang amat mendukacitakan. Walau permainan secantik mana pun yang di pinta adalah kemenangan.

Pasti peminat sudah muak dengan rentak permainan ATM yang sentiasa "PANCIT" pada saat-saat akhir perlawanan. Kelantan akhirnya di nobatkan menang dengan Aggregat 4-3.

BERMINAT UNTUK BERNIAGA DI PASAR MALAM, DAPATKAN EBOOK PANDUAN 

No comments:

Post a Comment