})();

nuffnang

25 October 2013

ATM VS Kelantan ( Separuh Akhir Kedua )

Tidak sampai 24 jam semua peminat bolasepak tanahair pasti teruja dan ternanti-nanti pertemuan separuh akhir kedua diantara The Gladiator dan The Red Warrior.

Pastinya semua sudah sedia maklum yang Kelantan telah menewaskan ATM 2 - 1 di Stadium Selayang minggu lepas ...


                      

Namun apa yang pastinya mampukah ATM membenam Kelantan di Stadium keramat mereka di Kota Bharu malam ini. ATM hanya memerlukan 2 gol untuk layak ke final..tetapi dengan jaringan 2 - 0 atau 3 - 2.
Kalau di atas kertas nampak konsisten memanglah Kelantan yang rata-rata di barisi pemain muda dan angin orang muda memang hebat sebab tidak mudah pancit di saat akhir permainan jika di bandingkan dengan ATM yang pancit 20 minit terakhir separuh masa kedua.

Di dalam permainan bolasepak , apa sahaja boleh berlaku kerana bola itu bulat dan boleh melantun ke gawang Kelantan bila-bila masa. Namun jika ini berlaku ianya merupaka satu keajaiban dan sejarah liga super kembali lagi bila mana ATM merupakan pasukan ke 3 yang membenam Kelantan di tempat sendiri dengan jaringan 3 - 1.

                   

No comments:

Post a Comment