})();

nuffnang

27 November 2016

Malaysia Tumpas AFF Suzuki Cup 2016

Prestasi Skuad Harimau Malaysia Hambar
Malaysia menamatkan saingan Piala AFF Suzuki semalam menentang Myanmar dengan cukup hambar dan mengecewakan 30 juta rakyat Malaysia. Menang atau kalah bukan soalnya tapi mutu persembahan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee sememangnya boleh dipersoalkan kerana boleh di lihat penguasaan padang oleh Skuad Myanmar cukup ketara dan Malaysia sekadar mampu bertahan serta sekali-sekala melakukan serangan manja.
Pentas Piala AFF mungkin tidak sehebat Piala Asia, apatah jauh sekali Eropah atau Piala Dunia. Namun bagi pemain Asia Tenggara, pentas ini cukup besar bagi mencipta kemashyuran termasuk pemain Malaysia.
Malaysia tersingkir awal buat kali ketiga selepas 1998 dan 2008 apabila tumpas 0-1 kepada Myanmar menerusi jaringan David Htan pada minit ke-88 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Thuwunna semalam.
Skuad Kebangsaan hanya mencatatkan satu kemenangan ke atas Kemboja 3-2 pada perlawanan pembukaan dan tumpas 0-1 di tangan juara kumpulan Vietnam.
Menurut Pengendali Harimau Malaysia, Datuk OKS, anak buahnya sudah berusaha dalam perlawanan itu namun kegagalan memanfaatkan peluang menjadi punca mereka diasak permainan pantas The White Angels.
"Kita bermain baik tapi peluang yang ada gagal disempurnakan. Pemain menunjukkan kesungguhan tapi kita bukan saja menentang Myanmar dan penyokong tapi juga keputusan (pengadil) yang boleh dipersoalkan,"katanya.
Sementara itu bagi jurulatih Myanmar Gers Zeise kejayaan menamatkan penantian 12 tahun untuk ke pusingan kalah mati menentang juara Kumpulan B Thailand selepas ini, boleh dianggap pencapaian hebat.
"Kami bermain baik terutama pada babak pertama . Kami seharusnya sudah menang sebelum rehat. Selepas 12 tahun kami berjaya juga ke separuh akhir dan ini pencapaian hebat,"katanya.
Pun begitu rata-rata peminat sukan bola sepak negara kurang berpuas hati dan tidak bersetuju dengan Datuk Ong Kim Swee apabila mereka menonton secara langsung samada di stadium mahu pun dirumah. Mutu persembahan pemain Malaysia selama 90 minit cukup hambar dan ada yang menggelarkan permainan "budak sekolah".
Admin sendiri menonton di rumah selama 90 minit dan menyaksikan kebenaran kata-kata majoriti penonton. Malaysia seolah-olah di buli oleh skuad Myanmar. Kebanyakkan pemain Malaysia gagal menunjukkan mutu permainan yang hebat.
Pemain Malaysia gagal mengawal bola dengan baik, hantaran-hantaran bola yang tidak tepat. Bila dapat bola di kaki tak mampu mengawal dan mencari kawan untuk diberikan. Taktikal hantaran jauh yang gagal dimanafaatkan disamping kurang cekap menerima hantaran itu. Sentiasa berada dalam keadaan kelam-kabut. Malas berlari dan malas mengejar bola sentiasa berjalan kaki. Tidak membuka ruang buat kawan apabila bola dalam kawalan Malaysia.
Persembahan yang amat jauh bezanya dengan Myanmar. Pemain Malaysia harus mengubah segala sikap yang ada dalam diri mereka. Kalau jurulatih sebagus mana sekalipun andainya pemain sendiri yang tidak ingin berubah maka tidak kemana bola sepak Malaysia.

No comments:

Post a Comment