})();

nuffnang

13 November 2016

Jerman Kenduri Gol Kelayakan Piala Dunia 2018

Jerman Belasah San Marino 8-0

Kelayakan Piala Dunia 2018 Kumpulan C menyaksikan penguasaan bekas Juara Piala Dunia yang lalu Jerman yang masih belum kalah dalam empat perlawanan dan semalam mereka membelasah San Marino dengan 8-0 di Serravalle.

Serge Gnabry, bekas pemain sayap The Gunners melwdak hatrik pada penampilan pertamanya bersama skuad senior Jerman dengan aksi yang cukup cemerlang pada kempen kelayakan Piala Dunia yang mencatatkan rekod baru buat jurulatih Joachim Loew.

Baru memasuki usia 21 tahun, Gnabry, yang meninggalkan Arsenal sebelum musim ini, adalah pemain Jerman pertama melakar hatrik pada penampilan sulung sejak Dieter Mueller melakukan bersama Jerman Barat pada 1976.

"Sudah tentu saya tidak menjangka mampu membuat hatrik dan saya amat gembira kerana berjaya membantu pasukan," katanya yang kini menyertai Werder Bremen pada Ogos lalu selepas tidak diberi peluang bermain di Arsenal.

"Kebelakangan ini segalanya amat sukar bagi saya tetapi ianya amat seronok dirasakan apabila dapat menjaringkan gol malam ini dan saya mahukanya berterusan."

Manakala pertahanan kiri Cologne Jonas Hector berjaya menghasilkan dua gol buat Jerman selepas kapten Sami Khedira memecahkan kebuntuan dengan gol kedua.

Mattia Stefanelli menjaringkan gol sendiri sebelum pemain gantian Kevin Volland menghasilkan gol kelapan Jerman.

Jerman turut mengekalkan rekod tanpa dengan empat kemenangan dalam empat perlawanan sekaligus menduduki tangga teratas kumpulan kelayakan Piala Dunia dan lima mata di depan pencabar terdekat Ireland Utara.

Orang yang paling gembira adalah pengendali Jerman yang hampir sedekad dan ia merupakan kemenangan ke-95 buat Loew dan dalam aksi antarabangsa ke-142 baginya, beliau juga mengatasi rekod 94 kemenangan berbanding Sepp Herberger yang membawa Jerman Barat memenangi Piala Dunia 1954.

"Ianya masih belum memuaskan hati, kami mahu menjaring seberapa banyak mungkin gol dan membuat lawan susah. Percaturan dan corak taktikal kami berjalan cukup baik seperti di rancang," kata Loew.

Kecederaan yang di alami oleh Toni Kroos dan Jerome Boateng telah membuatkan Loew memberi peluang pertama kali beraksi kepada Gnabry dan Benjamin Henrichs.

Jerman menang 13-0 ketika kali terakhir mereka bertandang ke Sereavalle pada tahun 2006 dan hanya mengambil masa tujuh minit untuk mendahului pada perlawanan menentang San Marino.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI UPTOWN DAN PASAR MALAM SEGERA DI SINI

No comments:

Post a Comment