})();

nuffnang

24 November 2016

Implikasi Besar Oleh FIFA Jika Tarik Diri AFF Suzuki Cup

Boleh Diambil Tindakan Oleh FIFA AFF Suzuki

Mungkin ramai yang tidak sedar atau sedar tapi inginkan Malaysia menarik diri dari Kejohanan Bola Sepak AFF Suzuki yang kini sedang berlangsung di Myanmar bagi mendesak Kerajaan Myanmar menghentikan kekejaman terhadap Muslim etnik Rohingya.

Bekas pengurus bola sepak Selangor Zakaria Ab Rahim menegaskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak boleh sewenang-wenangnya menarik diri daripada Kejohanan Piala AFF di Yangon, Myanmar kerana saingan itu sudah mendapat pengiktirafan FIFA.

Sebaliknya, beliau menyarankan FAM supaya berbincang dengan Konfederansi Bolasepak ASEAN (AFF) dan persatuan Bolasepak Myanmar bagi membantah kekejaman tentera Myanmar ke atas etnik Rohingya sebelum aksi terakhir kedua-dua pasukan Sabtu ini.

Menurut beliau, cara itu lebih sesuai daripada mengambil keputusan untuk memboikot apatah lagi skuad Harimau Malaysia sendiri sudah beraksi dalam dua peringkat kumpulan B sebelum ini. 

"Patutnya kalau nak boikot perlu dilakukan sebelum kejohanan kerana undian sudah diketahui sejak dua bulan yang lalu. Tak perlu rasanya kita tarik diri kerana boleh memberikan implikasi lebih besar kepada pasukan bola sepak Malaysia dan seterusnya liga negara kita.

"Bagi saya, FAM boleh gunakan ruang perbincangan dengan beberapa pihak seperti Persatuan Bolasepak Myanmar untuk menyatakan tanda protes terhadap penindasan yang berlaku ke atas umat Islam di sana.

" Saya percaya semua persatuan bola sepak didunia tahu akan undang-undang FIFA yang melarang apa jua bentuk kekejaman dan rasis.

" Misalnya di Eropah, sebelum sesuatu aksi dimulakan, kita akan lihat ada acara simbolik mengecam Isu rasis atau doa selama seminit yang dibuat pemain kedua-dua pasukan. Mungkin FAM boleh mencadangkan kaedah itu daripada memboikot saingan AFF," Kata Zakaria.

Manakala pengendali skuad Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee pula mahu terus fokus dalam saingan Piala AFF 2016 ini, meski pun ada pihak mendesak mereka menarik diri.

Beliau enggan mengulas lanjut mengenai isu itu dalam sidang media selepas perlawanan menentang Vietnam semalam.

Beliau yang diajukan soalan mengenai isu itu sekadar menegaskan masalah luaran tidak perlu dicampur aduk dengan bola sepak.

" Saya tidak mahu memberi komen mengenai perkara ini, bola sepak adalah bola sepak, perkara luar tidak ada kaitan dengan bola sepak," kata Kim Swee.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM DAN UPTOWN DI SINI SEGERA

No comments:

Post a Comment