})();

nuffnang

01 December 2016

Shebby Inginkan Jurulatih Luar Negara

Serbegeth Singh Saran FAM Kaji Semula Ambil Jurulatih Luar Negara
Serbegeth Singh yang merupakan bekas pemain kebangsaan menyarankan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) segera menentukan nasib Kim Swee selaku pengendali negara dengan mengalih tumpuan kepada jurulatih asing.
"Pemain kita bukan tak bagus, cuma kita kekurangan sentuhan jurulatih (Datuk Ong Kim Swee). Sudah tiba masanya kepakaran luar dipertimbangkan bagi membawa idea baharu dalam persembahan pasukan." Katanya.
Jelasnya lagi, tidak semestinya jurulatih dari Eropah harus dipilih mengisi kerusi panas itu sebaliknya beliau melihat beberapa pilihan lain boleh diambil umpamanya dengan mencari jurulatih dari Asia Timur juga mampu meningkatkan kualiti Harimau Malaysia.
Beliau juga memberi contoh, Kemboja umpamanya sebelum ini hanya digelar pasukan balasahan namun sejak dilatih pengendali dari Korea Selatan, Lee Tae Hoon mereka tampil dengan aksi cukup berbeza dan mampu memberi saingan sengit pada kempen Piala AFF kali ini.
"Peluang untuk jurulatih tempatan sudah pun diberi ruang seluas-luasnya sejak 11 tahun yang bermula dengan kegagalan di kempen Piala Asia di bawah kendalian Norizan Bakar (2005-2007) sebelum B Sathianathan (2007-2008), Datuk K Rajagobal (2009-2013), Dollah Salleh (2014-2015) dan kini Datuk Ong Kim Swee semuanya semuanya tidak memberi impak berkesan.
" Kejayaan kita cuma sekejap saja ketika menjuarai Piala AFF pada 2010. Selepas itu ke mana hilangnya sentuhan kemenangan itu. Corak permainan kita langsung tidak berubah biarpun beberapa jurulatih diberi peluang."
Sebagai admin saya juga merasakan yang FAM sudah sepatutnya memberi peluang kepada jurulatih luar agar corak dan persembahan skuad Harimau Malaysia berubah mengikut zaman terkini. Kalau kita masih menggunakan khidmat jurulatih tempatan pastinya mutu dan kualiti bola sepak negara tak akan kemana. Bak kata pepatah " Pi mai pi mai tang tu jugak ".
FAM lakukan sesuatu dengan kadar segera dan jangan hanya asyik berebut dan mempertahankan jawatan sahaja, perlu anda laksanakan tanggungjawab pada perkara yang diamanahkan buat anda meningkatkan mutu bola sepak negara agar di segani dan di takuti lawan.

No comments:

Post a Comment