})();

nuffnang

25 September 2016

Pulau Pinang Gagal Raih Tiga Mata

Pahang Gagalkan Misi Pulau Pinang Kekal Liga Super Cara Mudah
Pulau Pinang yang berkunjung ke Stadium Darul Makmur semalam gagal merealisasikan impian mengutip tiga mata penuh untuk mencari laluan mudah kekal di Liga Super musim depan apabila tewas 0-1 kepada Pahang.
Pahang yang mengutip tiga mata penuh menjadikan 20 kutipan mata keseluruhan perlawanan sekaligus telah menghidupkan peluang untuk kekal di Liga Super musim depan namun segalanya akan ditentukan pada perlawanan terakhir Oktober nanti menentang TTeam.
Pada perlawanan malam tadi, skuad kendalian Razip Ismail amat memerlukan kemenangan, melancarkan serangan sebaik perlawanan bermula dan peluang terbaik hadir pada minit kelapan menerusi rembatan Jailton Dos Santos namun berjaya ditepis penjaga gawang Pulau Pinang.
Berselang tiga minit kemudian, kapten Pahang Matthew Davies menceriakan skuad Pahang apabila tandukannya menerjah jaring pelawat yang gagal diselamatkan penjaga gol Pulau Pinang Sani Anuar Kamsani.
Jaringan itu kemudianya menyaksikan anak-anak buah Razip semakin aggresif untuk menambahkan gol, tetapi dinafikan pertahanan Pulau Pinang.
Serangan demi serangan yang dilancarkan Pulau Pinang di lihat serba tidak menjadi dan hantaran melalui skill individu gagal dimanfaatkan. Peluang terbaik Pulau Pinang hadir pada minit ke-25 apabila pemain impot Ranti Martin mendapat bola namun tendangan lemahnya berjaya ditangkap kemas penjaga gol Pahang Helmi Eliza Elias.
Bersambung babak kedua, Pulau Pinang yang ketinggalan dan nampak tertekan mencari gol penyamaan terus melancarkan serangan bertali arus ke kubu tuan rumah namun kekentalan barisan pertahanan berjaya menggagalkan segala usaha Pulau Pinang menembusi kubu Pahang.
Pulau Pinang yang semakin tertekan mula bermain dengan lebih aggresif bagi menghasilkan gol namun dan akibatnya pelawat terpaksa bermain 10 orang apabila pada minit ke-87 Mohd Farisham Ismail diperintah keluar padang oleh pengadil perlawanan, J Suresh selepas menerima kad kuning kedua.
Walaupun kehadiran penonton di Stadium Darul Makmur tidak mencecah 1900 orang namun persembahan Pahang boleh di puji. Pulau Pinang pula dilihat serba tidak menjadi apabila kebanyakkan tonggak yang ada tidak diturunkan oleh Nenad Bacina.
Pulau Pinang, Pahang, PDRM, Sarawak dan Terengganu terpaksa berhempas pulas pada perlawanan akhir nanti kerana kesemua pasukan tersebut masih mempunyai peluang sama rata andai ditakdirkan menang dalam perlawanan akhir nanti.
Sama-sama kita doakan agar Pulau Pinang mampu menewaskan Terengganu pada Oktober nanti di Stadium Bandaraya. HARIAAAAA PENANG HARIAAAAA

No comments:

Post a Comment