Aksi Saingan Liga Super Ke-20 Antara Pahang Dan Pulau Pinang Pasti Berbisa
Perlawanan yang bakal berlangsung pada 24 September ini antara Pahang menentang Pulau Pinang boleh diibaratkan misi hidup mati Pahang terkeluar dari saingan Liga Super musim depan andainya mereka tewas kepada Harimau Kumbang.
Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) meminta sokongan padu peminat setia Pahang untuk memenuhi Stadium Darul Makmur Sabtu ini, apabila skuad itu bakal melayan kunjungan Pulau Pinang.
Katanya, jika memenangi perlawanan itu, peluang skuad kendalian Razip Ismail masih terbuka untuk terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan sebelum bertemu T-Team pada perlawanan terakhir saingan Liga musim ini.
"Bagi Pahang, mereka perlu mencatat kemenangan untuk menghidupkan peluang kekal dalam Liga Super 2017 memandangkan kedudukan tercorot yang dihuni ketika ini.
"Namun, segalanya tidak mustahil jika prestasi konsisten dan komitmen pemain dipersembahkan untuk membentuk satu pasukan yang serba mantap untuk mengecewakan Pulau Pinang," katanya lagi.
Dengan berbaki dua perlawanan liga, skuad Tok Gajah kekal berada di dasar liga dengan 17 mata tetapi masih mempunyai harapan kerana hanya dibezakan empat mata dengan kedudukan pasukan di tangga kelapan liga.
Empat pasukan yang berada lima kedudukan terbawah adalah Terengganu dan Pulau Pinang, masing-masing mengutip 19 mata, Sarawak ( 20 mata ) dan PDRM ( 21 Mata ).
Akan tetapi sudah pastinya lawan mereka iaitu Pulau Pinang tidak akan mudah menyerah kalah kerana skuad utara itu juga inginkan kemenangan untuk meraih tiga mata penting sebelum kembali bertemu Terengganu dalam perlawanan akhir liga di Stadium Bandaraya Oktober nanti.
Tinjauan kami mendapati skuad Harimau Kumbang sedang menyediakan satu gandingan pasukan yang cukup hebat untuk memastikan kemenangan di Stadium Darul Makmur nanti. Pastinya Nenad Bacina tidak hanya sekadar berpeluk tubuh apabila gagal manfaatkan perlawanan dengan PDRM dua minggu lalu apabila sekadar terikat dengan 1-1.
Rata-rata penyokong setia Pulau Pinang seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan ini namun mereka tetap redha dan tetap setia menyokong dengan penuh jitu tanpa berbelah bagi.
Admin amat berharap agar segala luahan peminat akan di dengari oleh FAP jadi di Kuantan nanti kita tak mahu tengok muka Ranti Martins. Itu sahaja......
Semoga Pulau Pinang Mampu Melakukanya....Insha Allah...
No comments:
Post a Comment