})();

nuffnang

25 September 2016

Pulau Pinang Gagal Raih Tiga Mata

Pahang Gagalkan Misi Pulau Pinang Kekal Liga Super Cara Mudah
Pulau Pinang yang berkunjung ke Stadium Darul Makmur semalam gagal merealisasikan impian mengutip tiga mata penuh untuk mencari laluan mudah kekal di Liga Super musim depan apabila tewas 0-1 kepada Pahang.
Pahang yang mengutip tiga mata penuh menjadikan 20 kutipan mata keseluruhan perlawanan sekaligus telah menghidupkan peluang untuk kekal di Liga Super musim depan namun segalanya akan ditentukan pada perlawanan terakhir Oktober nanti menentang TTeam.
Pada perlawanan malam tadi, skuad kendalian Razip Ismail amat memerlukan kemenangan, melancarkan serangan sebaik perlawanan bermula dan peluang terbaik hadir pada minit kelapan menerusi rembatan Jailton Dos Santos namun berjaya ditepis penjaga gawang Pulau Pinang.
Berselang tiga minit kemudian, kapten Pahang Matthew Davies menceriakan skuad Pahang apabila tandukannya menerjah jaring pelawat yang gagal diselamatkan penjaga gol Pulau Pinang Sani Anuar Kamsani.
Jaringan itu kemudianya menyaksikan anak-anak buah Razip semakin aggresif untuk menambahkan gol, tetapi dinafikan pertahanan Pulau Pinang.
Serangan demi serangan yang dilancarkan Pulau Pinang di lihat serba tidak menjadi dan hantaran melalui skill individu gagal dimanfaatkan. Peluang terbaik Pulau Pinang hadir pada minit ke-25 apabila pemain impot Ranti Martin mendapat bola namun tendangan lemahnya berjaya ditangkap kemas penjaga gol Pahang Helmi Eliza Elias.
Bersambung babak kedua, Pulau Pinang yang ketinggalan dan nampak tertekan mencari gol penyamaan terus melancarkan serangan bertali arus ke kubu tuan rumah namun kekentalan barisan pertahanan berjaya menggagalkan segala usaha Pulau Pinang menembusi kubu Pahang.
Pulau Pinang yang semakin tertekan mula bermain dengan lebih aggresif bagi menghasilkan gol namun dan akibatnya pelawat terpaksa bermain 10 orang apabila pada minit ke-87 Mohd Farisham Ismail diperintah keluar padang oleh pengadil perlawanan, J Suresh selepas menerima kad kuning kedua.
Walaupun kehadiran penonton di Stadium Darul Makmur tidak mencecah 1900 orang namun persembahan Pahang boleh di puji. Pulau Pinang pula dilihat serba tidak menjadi apabila kebanyakkan tonggak yang ada tidak diturunkan oleh Nenad Bacina.
Pulau Pinang, Pahang, PDRM, Sarawak dan Terengganu terpaksa berhempas pulas pada perlawanan akhir nanti kerana kesemua pasukan tersebut masih mempunyai peluang sama rata andai ditakdirkan menang dalam perlawanan akhir nanti.
Sama-sama kita doakan agar Pulau Pinang mampu menewaskan Terengganu pada Oktober nanti di Stadium Bandaraya. HARIAAAAA PENANG HARIAAAAA

21 September 2016

Pahang Rayu Sokongan Peminat

Aksi Saingan Liga Super Ke-20 Antara Pahang Dan Pulau Pinang Pasti Berbisa
Perlawanan yang bakal berlangsung pada 24 September ini antara Pahang menentang Pulau Pinang boleh diibaratkan misi hidup mati Pahang terkeluar dari saingan Liga Super musim depan andainya mereka tewas kepada Harimau Kumbang.
Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) meminta sokongan padu peminat setia Pahang untuk memenuhi Stadium Darul Makmur Sabtu ini, apabila skuad itu bakal melayan kunjungan Pulau Pinang.
Sokongan padu dari penyokong Tok Gajah amat ditagih memandangkan perlawanan ini amat penting dalam usaha mereka meraih tiga mata penuh ujar Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Perlawanan Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP).
Katanya, jika memenangi perlawanan itu, peluang skuad kendalian Razip Ismail masih terbuka untuk terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan sebelum bertemu T-Team pada perlawanan terakhir saingan Liga musim ini.
"Bagi Pahang, mereka perlu mencatat kemenangan untuk menghidupkan peluang kekal dalam Liga Super 2017 memandangkan kedudukan tercorot yang dihuni ketika ini.
"Namun, segalanya tidak mustahil jika prestasi konsisten dan komitmen pemain dipersembahkan untuk membentuk satu pasukan yang serba mantap untuk mengecewakan Pulau Pinang," katanya lagi.
Dengan berbaki dua perlawanan liga, skuad Tok Gajah kekal berada di dasar liga dengan 17 mata tetapi masih mempunyai harapan kerana hanya dibezakan empat mata dengan kedudukan pasukan di tangga kelapan liga.
Empat pasukan yang berada lima kedudukan terbawah adalah Terengganu dan Pulau Pinang, masing-masing mengutip 19 mata, Sarawak ( 20 mata ) dan PDRM ( 21 Mata ).
Akan tetapi sudah pastinya lawan mereka iaitu Pulau Pinang tidak akan mudah menyerah kalah kerana skuad utara itu juga inginkan kemenangan untuk meraih tiga mata penting sebelum kembali bertemu Terengganu dalam perlawanan akhir liga di Stadium Bandaraya Oktober nanti.
Tinjauan kami mendapati skuad Harimau Kumbang sedang menyediakan satu gandingan pasukan yang cukup hebat untuk memastikan kemenangan di Stadium Darul Makmur nanti. Pastinya Nenad Bacina tidak hanya sekadar berpeluk tubuh apabila gagal manfaatkan perlawanan dengan PDRM dua minggu lalu apabila sekadar terikat dengan 1-1.
Rata-rata penyokong setia Pulau Pinang seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan ini namun mereka tetap redha dan tetap setia menyokong dengan penuh jitu tanpa berbelah bagi.
Juga admin difahamkan terdapat hampir ratusan penyokong tegar Harimau Kumbang akan membanjiri Stadium Darul Makmur bagi memberi sokongan padu untuk membantu Pulau Pinang meraih tiga mata yang amat amat berharga. Ada di kalangan mereka yang sudah pun menempah tiket bas, kapal terbang dan tak kurang juga menggunakan kenderaan sendiri .
Admin amat berharap agar segala luahan peminat akan di dengari oleh FAP jadi di Kuantan nanti kita tak mahu tengok muka Ranti Martins. Itu sahaja......
Semoga Pulau Pinang Mampu Melakukanya....Insha Allah...

19 September 2016

Helang Merah Dabik Dada Angkasa Raya

Kedah Buktikan Masih Hebat Dan Berbisa Belasah Negeri Sembilan
Aksi berbisa yang cukup padu dan jitu yang ditunjukan oleh anak-anak buah Tan Cheng Hoe mendapat pujian melambung dari pelbagai pihak apabila membelasah pasukan kerdil Negeri Sembilan dengan 5-0 di Stadium Darul Aman Semalam.
Ketua Jurulatih itu memuji semangat juang anak buahnya yang sekadar seri 0-0 semasa bertandang ke Paroi pada aksi suku akhir pertama minggu lepas.
Cheng Hoe berkata, pujian harus diberi kepada anak didiknya kerana mempamerkan aksi yang amat luar biasa dalam mencari kemenangan untuk menewaskan wakil dari Liga Perdana itu.
Ketajaman pemain import yang Kedah miliki memberi keyakinan dan ruang yang cukup selesa apabila setiap asakkan tidak dipersiakan oleh mereka. Shane Edward Smeltz, Thiago Augusto dan Liridon Krasniqi yang berjaya menghasilkan 5 gol berjaya membangkitkan semangat penyokong Kedah untuk terus memberi sokongan pada aksi separuh akhir nanti.
"Saya berharap pemain akan dapat terus mengekalkan corak permainan sebegini untuk separuh akhir nanti.
"Keyakinan tinggi yang ditunjukkan pemain selain mendapat sokongan padu dari 25,000 penyokong Helang Merah telah membantu kami menghasilkan kemenangan besar malam ini," katanya.

06 September 2016

Kelayakan Piala Dunia 2018 - Zon Eropah

World Cup 2018 Rusia..Jerman Berpesta Gol. Jaringan Thomas Mueller Dan Kimmich Ceriakan Penyokong.
Aksi pembukaan Piala Dunia 2018 menyaksikan Jerman menang keatas Norway 3-0. Dua tonggak Bayern Munich Thomas Mueller dan Joshua Kimmich membantu bekas juara Piala Dunia itu menang awal pagi semalam.
Gol pertama dijaringkan oleh Mueller pada minit ke-16 di Stadium Ulleval, Oslo diikuti Kimmich untuk gol kedua Jerman sebelum tamat separuh masa pertama.
Tidak lama bermula aksi babak kedua Mueller menjadi wira menjaringkan gol ketiga untuk memastikan permulaan cemerlang skuad kendalian Joachim Loew dalam Kumpulan C ketika skuad juara dunia itu memulakan misi mereka melangkah ke final di Russia.
Dengan kemenangan itu Jerman mendahului kutipan mata dalam Kumpulan C selepas aksi pembukaan manakala Azerbaijan turut meraih kemenangan 1-0 ke atas San Marino manakala Ireland Utara mengikat Republic Czech 0-0.
"Kami berada di landasan yang tepat malam ini. Persembahan kami cukup hebat malam ini dan kami akan cuba perbaiki ruang yang kurang namun saya bangga dengan peestasi dan keazaman pemain," kata Mueller.
Leow berkata: "Saya fikir kami bermain dengan cukup baik, kami menguasai permainan. Norway kurang menyerlah dan mereka tidak menunjukkan prestasi sebenar dan kami ambil peluang ini dominasi permainan."
Jerman juara empat kali itu cuba menjadi pasukan pertama Eropah selepas Itali pada 1938 untuk mempertahankan gelaran Juara Piala Dunia itu.