})();

nuffnang

25 May 2014

Real Madrid Juara Liga Juara Juara

Real Madrid mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk meraih gelaran juara Liga Juara-juara Eropah ke-10 selepas membelasah Atletico Madrid 4-1 pagi tadi.

Dalam perlawanan penuh dramatik itu, Atletico Madrid diambang merangkul kejuaraan apabila Diego Godin meletakkan mereka di depan sejak minit ke-35.

Jaringan tunggal itu bertahan sehingga ke minit 90 iaitu ketika perlawanan berbaki 2 minit.

Bagaimanapun, nasib menyelebahi Real apabila Sergio Ramos  menanduk gol pada minit akhir perlawanan untuk mengheret ke masa tambahan.

Pemain bernilai £85 juta Gareth Bale muncul wira untuk menjadikan kedudukan 
2 - 1.

Semangat luar biasa anak didik Carlo Ancelotti terus menjadi apabila Marcelo menjaringkan gol ketiga pada minit ke-118 manakala Cristiano Ronaldo melengkapkan kejayaan mereka di minit ke-120

No comments:

Post a Comment