TERIMA kasih & selamat tinggal Marlon Alex James!
Sepanjang tempoh itu, Marlon, 37 membantu ATM menjulang gelaran Liga Perdana pada 2012 di samping menjulang barisan pengendali, B Sathianathan ke final Piala Malaysia pada tahun sama untuk menamatkan penantian 46 tahun.
Musim itu turut menyaksikan Marlon menggondol anugerah pemain import terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan atas kecemerlangannya meledakkan 35 gol dalam semua kejohanan, termasuk 12 gol dalam saingan Piala Malaysia.
Di bumi bertuah ini, Marlon yang menggunakan nama ‘Baller Alex Guy’ di facebook menimang cahaya mata keduanya, Azura Maya James pada 2013 selepas kelahiran Malaya Jaymara pada 2007.
Ketika menemubualnya pada awal musim, Marlon yang berasal dari Kepulauan St Vincent & Grenadines ada mendedahkan hasratnya untuk terus menetap di Malaysia sebaik menamatkan kerjayanya di Malaysia.
“Saya mengganggap Malaysia sebagai negara yang sendiri. Siapa tahu saya akan kembali untuk menetap di sini selama-lamanya,” kata penyerang berketinggian hampir 2 meter itu.
Sepanjang menemubualnya untuk tatapan pembaca laman web ini, Marlon tidak pernah meletakkan sasaran jaringan peribadi buat dirinya, sebaliknya selalu mementingkan kejayaan berpasukan.
Pengendali, B Sathianathan seboleh-bolehnya tidak mahu menamatkan kontrak Marlon namun terpaksa berbuat demikian berikutan kecederaan jangka panjang yang memaksanya terlepas sejumlah besar perlawanan kempen 2014.
“Saya tidak mahu menggantikannya, namun terpaksa berbuat demikian berikutan situasi yang melanda ATM sekarang yang kini bergelut untuk menyelamatkan diri daripada zon bahaya.
“Apapun, saya mengucapkan terima kasih kepada Marlon atas segala jasanya selama ini dan mengucapkan yang terbaik buat dirinya bagi kerjayanya selepas ini,” tambah Sathia.
Rakan sepasukannya, pertahanan tengah, Irwan Fadly Idrus memberikan sanjungan buat pemain yang dianggap legenda oleh peminat ATM.
“Jasamu dikenang..tq marlon alex james..the best striker..bnyak kenangan selama 3 tahun dgn beliau..nama beliau akan saya ingat sampai bila2..good luck 4 u marlon..legend of the legend,” katanya pada laman fb.
Musim ini, Marlon menjaringkan satu gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Sarawak pada aksi pembukaan musim selepas disentak kecederaan jangka panjang yang memaksa ATM menamatkan kontraknya lebih awal dan menggantikannya dengan pemain Haiti, Fabrice Noel.
Dan ATM kini boleh menarik nafas lega apabila terkeluar dari zon penyingkiran.....syabas ATM
No comments:
Post a Comment