})();

nuffnang

01 May 2014

Chelsea Kecundang di laman Sendiri ( Liga Juara Juara - Champion League )

Perlawanan yang di jangka menarik semalam gagal menyaksikan persembahan yang bertenaga yang di harapkan penyokong tegar The Blues apabila tumpas 3-1 kepada Atletico Madrid dilaman sendiri.

Cita-cita Joses Maurinho untuk layak ke final Liga Juara-Juara berkecai apabila gagal menafaatkan perlawanan di tempat sendiri.

Ini bererti Atletico Madrid akan bertemu Real Madrid pada perlawanan akhir yang akan berlangsung pada 24 Mei 2014 di Lisbon, Portugal.

Carlo Ancelotti meramalkan bahawa Real Madrid mampu menjulang trofi liga juara-juara buat kali ke-10 selepas mereka membenam Bayern Munich 4-0 yang merupakan juara tahu lalu. Real mengesahkan tempat ke perlawanan akhir menerusi aggregat 5-0 untuk bertemu Atletico Madrid.

Sergoi Ramos menanduk masuk 2 gol dan kemudian ditambah 2 gol lagi oleh Cristiano Ronaldo ....Ronaldo kini telah berjaya menandingi rekod jaringan Messi dengan 66 gol.

No comments:

Post a Comment