})();

nuffnang

02 April 2014

Patriotik Atau Suka Menang




Sengaja saya guna entry di atas untuk memudahkan kita memahami 2 isitilah yang kebelakangan ini menjadi bualan ramai di seluruh dunia bagi setiap penyokong Bolasepak samada didalam negeri mahupun di luar negara.

Hari ini kita akan kupaskan bolasepak di England atau lebih dikenali dengan EPL atau BPL yang menjadi igauan ramai diseluruh pelosok dunia.


                                                    
Pasukan yang menjadi impian dan harapan  seperti Arsenal, Liverpool dan Chelsea menjadi sebutan ramai namun MU kini mulai di benci akibat persembahan hambar setelah setelah diterajui Moyes..... tapi persoalanya sekarang adalah kenapa dan mengapa peminat bersikap begini.

Malaysia juga tidak ketinggalan kerana mempunyai 2 pasukan yang di terajui taikoon hartawan Malaysia iaitu QPR dan Cardiff City namun peminat di Malaysia langsung tidak mengambil tahu berita 2 pasukan tersebut walaupun pemiliknya dengan sedaya upaya cuba melonjak nama Malaysia ke persada antarabangsa dengan meletakkan Nama Malaysia pada Jersey pasukan mereka...



Saya ingin menarik perhatian ramai bahawa saya sendiri amat meminati Cardiff dan sentiasa mengikuti perkembangan perlawanan mereka biar pun keputusannya tidak memberangsangkan dan saya akan tetap berada di samping mereka.



Kita harus ingat di Malaysia kita mempunyai pasukan negeri masing-masing samada Liga Perdana atau Liga Super. Sudah pastinya orang Kelantan akan menyokong Kelantan dan Pulau Pinang akan menyokong Pulau Pinang, tetapi kenapa di peringkat antarabangsa ini tidak berlaku.


                     
Inilah apa yang ingin saya perkatakan diawal entry Patriotik  atau Suka Menang, nampaknya peminat kita lebih suka kepada kemenangan, seperti contoh ramai yang telah membuang Jersey MU bila persembahan mereka amat teruk sekali di pamerkan dalam liga pada kali ini.

No comments:

Post a Comment