})();

nuffnang

02 April 2014

Kenapa Tidak Percaya Ke? Pulau Pinang Express

Saya ingin melahirkan ketidapuasan hati saya terhadap akhbar-akhbar di Malaysia yang bersikap kurang adil dalam melapurkan berita bolasepak tanahair kerana Liga Perdana kurang di hebahkan berbanding Liga Super.

Bagi saya dan pengamatan ramai peminat bolasepak kini serta seluruh Ultras masing-masing lebih gemar menonton Liga Perdana berbanding Liga Super kerana mutu persembahan liga perdana lebih menyerlah dan lebih menarik.

Begitu juga di ruangan Astro 801 ...Arena , mereka seolah-olah tidak dapat menerima akan kehadiran Pulau Pinang yang melonjak naik dalam sekelip mata dengan mendominasi di tangga kedua liga malah pernah berada di persada liga selama 48 jam.

Harapan saya selepas ini, diharap Liga Perdana akan mendapat liputan yang sama rata dengan Liga Super dan malah akan menyemarakan lagi Liga Bolasepak tanahair.

No comments:

Post a Comment