})();

nuffnang

10 April 2014

Mampukah Pulau Pinang ????

Semua peminat Liga Perdana sedar bahawa Pulau Pinang merupakan pasukan yang mampu menggugat dalam saingan liga 2014.

2 minggu lepas Pulau Pinang berjaya mengaibkan sebuah pasukan yang diwar-warkan hebat hanya di atas kertas tetapi tidak pada perjuangan sebenar di atas padang. Namun mereka seolah-olah tidak percaya Pulau Pinang mampu membenam JDT2 dengan 4 - 1 dihadapan belasan ribu peminat tegar Pulau Pinang.

Jurulatih Pulau Pinang, K-Devan sendiri tidak memandang rendah barisan JDT2 kerana beliau sentias menyanjung tinggi setiap lawan dan mahu anak buahnya sentiasa  memberi hormat kepada setiap lawan mereka...

Apa yang boleh kita pastikan adalah esok 11 Apr 2014 bakal penentu bilamana Pulau Pinang bakal berkunjung ke Pasir Gudang untuk pelawanan pusingan ke2 Liga Perdana dengan Pulau Pinang berada di tangga ke2 carta dan JDT2 berada di tangga ke 6.

Kunjungan saya ke Komtar amat menerujakan bila mana Jersey pasukan Pulau Pinang tidak pernah ada stok di kedai akibat sambutan terlalu hangat oleh penyokong tegar Harimau Kumbang... Jika anda  berminat anda terpaksa menempahnya terlebih dahulu kemudian dalam tempoh 2 minggu anda akan perolehinya.. Jersey kosong di jual hanya RM99 manakala yang "Ful Jersey" RM150...

Sama-sama kita doakan Pulau Pinang mampu membelasah JDT2 sekali lagi di Pasir Gudang...

HARIAAAAAA PENANG HARIAAAAAA

No comments:

Post a Comment