TAG - Liga Super 2021, Penang FC Champion ,EPL, Messi, Ronaldo,Covid-19
nuffnang
09 December 2012
DEBARAN saingan Piala AFF Suzuki 2012 kian terasa terutama kepada empat pasukan yang melayakkan diri ke slot separuh akhir tahun ini.
Skuad Harimau Malaya yang menerima sokongan padu penyokong tempatan, tewas mengejut 3-0 ditangan Singapura sebelum membaham Laos (4-1) dan Indonesia (2-0) untuk mara ke Stadium Bukit Jalil bertemu Thailand pada 9 Disember ini.
Juara bertahan ini kemudian bertandang ke Stadium Supachalasai, Bangkok bagi aksi timbal balik empat hari kemudian.
Manakala bekas juara, Singapura bertemu pasukan meningkat naik, Filipina 8 Disember di Stadium Rizal Memorial sebelum menjadi tuan rumah pada 12 Disember di Stadium Jalan Besar.
Pasukan paling mencuri tumpuan dalam kejohanan ini adalah Malaysia. Apa tidaknya, gagal mencatat sebarang kemenangan dalam empat perlawanan persahabatan tidak mencerminkan perwatakan sebenar skuad kendalian Datuk K Rajagobal itu.
Buktinya, mereka kecundang 3-0 kepada Singapura aksi pembuka tirai Kumpulan B. Namun, kembali mengaum sehingga dua jaringan menerusi Azamuddin Akil dan Mahalli Jasuli menghantar pulang pasukan Garuda pada kempen kali ini.
Kini, hanya berbaki 180 minit untuk disudahkan pasukan Harimau Malaya dalam usaha melangkah ke pentas final buat kali ketiga sejak pertama kali pada 1996.
Pendek kata, memenangi kejuaraan adalah mudah berbanding mempertahan gelaran.
Hanya pasukan beraksi baik akan dimahkotakan sebagai 'Raja Asia Tenggara' edisi kesembilan dan Malaysia tidak terkecuali jika berjaya mengekalkan gelaran yang dirampas daripada pasukan Vietnam dua tahun lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment