})();

nuffnang

03 August 2016

Liga Perdana Inggeris Musim 2016/2017

Pasukan Yang Layak Dan Tersingkir Bagi Musim 2016/17 Liga Perdana Inggeris

Liga Perdana Inggeris 2016/17 atau 2016/17 Premier League merupakan musim yang ke 25 sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1992. Sepak mula musim baru akan bermula pada 13 Ogos 2016 akan datang dan dijadualkan berakhir pada 21 Mei 2017.

20 kelab akan bersaing merebut takhta kejuaraan musim akan datang di mana pasukan penuh kejutan, Leicester City selaku juara bertahan musim 2015/16 sekali lagi akan memberikan permainan terbaik untuk mengekalkan kejuaraan yang mereka miliki.

Namun begitu, saingan musim 2016/17 pastinya akan lebih menarik dengan kehadiran pengurus baru seperti Josep Pep Guardiola (Manchester City), Jose Mourinho (Manchester United) serta Antonio Conte (Chelsea).

Bagi musim 2016/17 ini, 3 pasukan Liga Kejuaraan 2015/16 atau 2015/16 English League Championship yang akan bersaing dalam Liga Perdana ialah Burnley (Juara), Middlesbrough (Naib Juara) serta Hull City (Pemenang Perlawanan Playoff) menggantikan 3 pasukan yang tersingkir ke Liga Kejuaraan 2016/17 iaitu Newcastle United, Norwich City dan Aston Villa. Undian serta Jadual Perlawanan musim baru telah pun dikeluarkan.

Admin percaya, setiap pasukan pastinya sudah membuat persiapan rapi menghadapi musim baru akan datang dengan membeli pemain dan menandatanggani kontrak buat pemain-pemain baru yang berkualiti bagi memantap serta menguatkan pasukan masing-masing. Berikut adalah senarai 20 kelab yang bakal bersaing untuk musim baru Liga Perdana Inggeris 2016/17 akan datang :

Peraturan Baru Liga Perdana Inggeris

Musim Baru Liga Perdana Inggeris 2016/2017 Akan Menggunakan Peraturan Yang Sama Seperti EURO 2016

Sepak Mula Liga Perdana Inggeris yang akan berlangsung pada 13 Ogos ini bakal menyaksikan Hull City menentang Leicester City. Dengan bermulanya musim baru ini segala peraturan baru dalam bolasepak Inggeris akan berjalan serentak.

Liga Perdana Inggeris yang bakal bermula tidak lama lagi akan menyaksikan 12 peraturan baru diperkenal. Berikut merupakan antara peraturan baru yang akan diimplimentasi dalam musim baru ini. 

Peraturan Baharu Seperti Dibawah:

1. Pemain yang menghalang jaringan di dalam kotak penalti secara sengaja tidak lagi akan diberikan kad merah, penalti dan penggantungan. Hanya penalti dan kad kuning yang akan diberikan.

2. Kad merah boleh dilayangkan untuk sebarang insiden atau kesalahan yang dilakukan sebelum perlawanan.

3. Sama seperti di Euro 2016, sepak mula tidak perlu dimulakan dengan tolakan ke depan, tetapi boleh terus disepak kepada rakan sepasukan di belakang.

4. Jika ada pemain yang dikasari dan mengalami kecederaan oleh pihak lawan yang dikenakan kad kuning atau merah, pemain berkenaan boleh dirawat tanpa perlu meninggalkan padang.

5. Pemain yang meninggalkan padang untuk menukar kelengkapan (cth: jersi dan kasut) hanya perlu diperiksa oleh pembantu pengadil sebelum masuk kembali ke padang. Peraturan sebelum ini menyatakan mereka perlu menunggu kebenaran dari pengadil perlawanan.

6. Pemain yang mengambil sepakan penalti tidak lagi dibenarkan membuat ‘acahan’ (feint) selepas membuat larian untuk menyepak bola. Sebagai contoh, pemain yang sudah berlari untuk menyepak bola tetapi memperlahan atau berhenti berlari untuk menyepak penalti. Perbuatan berkenaan akan menyebabkan mereka diberi kad kuning dan sepakan percuma kepada pihak lawan. Perbuatan mengacah sebelum membuat larian masih dibenarkan.

7. Jika perlawanan terhenti disebabkan gangguan dari jurulatih atau pemain simpanan, pengadil perlawanan akan memberikan sepakan percuma atau sepakan penalti kepada pasukan lawan.

8. ‘Tights’ atau seluar tambahan perlu sama warna dengan seluar yang dipakai pasukan atau warna terbawah seluar pasukan. Ini untuk seluar yang mempunyai bahagian bawah dengan warna lain.

9. Kawasan separuh padang adalah neutral. Jika separuh badan pemain (kecuali tangan) berada di kawasan pihak lawan, dia dikira offside. Sepakan percuma untuk kesalahan offside akan sentiasa diambil di kawasan di mana kesalahan berkenaan dilakukan.

10. Dalam usaha untuk menghentikan pemberian kad kuning kepada semua handball, “menghalang pihak lawan mendapat bola” telah dibuang dari kesalahan yang akan diberikan kad. Handball kini merupakan kesalahan kad kuning apabila “ia menghalang/menghentikan peluang serangan”

11. Sebarang ‘sepak semula’ (restarts) memerlukan bola bergerak sepenuhnya. Contohnya, tidak lagi dibenarkan untuk mengambil sepakan penjuru dengan hanya sedikit menyentuh bola untuk diberikan kepada rakan sepasukan. Peraturan ini dibuat atas dasar semangat kesukanan.

12. Pengadil boleh memberikan kad kuning atau kad merah kepada pemain yang bertindak kasar atau mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.Peraturan ini dibuat untuk menjadikan pemain lebih menghormati pengadil dan pegawai perlawanan.

DAPATKAN PANDUAN EBOOK BERNIAGA DI PASAR MALAM SECARA PERCUMA DENGAN PEMBELIAN EBOOK SUP GEARBOX DISINI

Menjelang Perlawanan Pulau Pinang Vs Johor Darul Takzim

Perlawanan Yang di Nanti Seluruh Warga Pulau Pinang dan Johor Darul Ta'zim

                                      Image result for pulau pinang bolasepak

Boleh dianggap sebagai perlawanan ulangan yang bakal mengembalikan maruah Pulau Pinang yang tewas pada saat-saat akhir di Larkin pada pusingan pertama .

Pulau Pinang selaku pasukan terbawah dalam saingan Liga Super  bakal melayan JDT  malam nanti. Berbekalkan semangat yang kental Pulau Pinang tidak sama sekali akan menyerah sebelum berjuang, biar pun dianggap pasukan belasahan namun perjuangan malam nanti belum lagi menentukan siapa pemenangnya.
Kalau diatas kertas pastinya sang Harimau Selatan lebih gagah berbanding Harimau Kumbang namun diatas padang segalanya mungkin apa sahaja boleh berlaku apatah kali ini Sang Harimau Kumbang bakal beraksi di laman sendiri dengan sokongan padu dari puluhan ribu peminat tegar " The Panthers". Lihatlah sejarah kunjungan Kunjungan Kedah ke Pulau Pinang bulan lepas yang menyaksikan Kedah tak mampu menewaskan Pulau Pinang walaupun pada awalnya  Kedah berjaya menjaringkan gol awal dan menggembirakan Ketua JurulatihTan Cheng Hoe.

Namun segalanya tampak tidak menjadi apabila Kedah gagal beraksi cemerlang. Mungkinkah Johor Darul Takzim bakal menerima nasib yang sama seperti Kedah dan mampukah mereka menyekat semangat baru yang disuntik Nenad Bacina terhadap anak-anak buahnya.

Penyokong Pulau Pinang yang seakan sudah bersedia menggempur Stadium Keramat mereka pastinya akan memberi komitmen yang cukup padu dan jitu bagi menyemarakkan semangat putih,biru dan kuning dengan cogan kata " Hariaaaaa Penang Hariaaaaa" serta  " Birukan Bandaraya ".

                     

Mampukah anak-anak buah Mario Gomez menahan jentera serangan Pulau Pinang yang memperoleh tenaga baru dari dua import baru yang dianggap cukup berbisa iaitu J. Seok Min dan Randy Martin.

Segalanya akan terjawap malam nanti dan semua sedang menanti dengan penuh debaran.....

Pulau Pinang Memang Hebat Mantap Dan Berbisa Pusingan Kedua Liga Super

Di Bawah Kendalian Nenad Bacina Dan Bojan Hodak Skuad Harimau Kumbang Mula Tunjuk Taring
Kemenangan 3-2 ke atas Kedah dalam perlawanan disifatkan ‘Northern Derby’ oleh peminat bola sepak Pulau Pinang dilihat mampu jadi titik tolak perjuangan pasukan untuk terus mendaki carta Liga Super. Setelah sekian lama tersadai di dasar liga, kemenangan itu juga pertama kali buat skuad Harimau Kumbang di laman sendiri sejak 16 Februari lalu, kali terakhir menumpaskan Pahang, 4-1.
Paling mustahak, kejayaan berkenaan meletakkan Pulau Pinang bukan lagi pasukan tercorot Liga Super dan berada di tempat ke-10 buat seketika. Bagi pengendali, Nenad Bacina, dia memuji persembahan pemain-pemain yang kekal tenang walaupun Kedah terlebih dahulu memimpin perlawanan.
“Saya cukup gembira kerana pemain kekalkan corak permainan biarpun lawan terlebih dahulu di depan dan berdisiplin ikuti taktikal yang saya serapkan. Walaupun begitu, perjalanan kita masih terlalu jauh dan ini hanya satu langkah ke arah kita cuba kekal dalam saingan Liga Super musim depan. Masih banyak kelemahan kita kena perbaiki dalam hadapi aksi akan datang terutama pada separuh masa kedua,” katanya.
Liridon Krasniqi senyapkan seketika Bandaraya pada minit ke-14 bila menyempurnakan peluang menerusi sepakan percuma. Namun bintang pujaan baharu Pulau Pinang, Jeong Seok-Min gamatkan suasana di stadium apabila meledak dua gol pada minit 25 dan 36.
Ketua pasukan, Matias Cordoba memastikan Pulau Pinang makin kukuh di depan sebaik babak kedua bermula dan Thiago Augusto sekadar merapatkan jurang buat Kedah di minit 86 melalui sepakan penalti. Pelawat juga terpaksa menamatkan perlawanan dengan kekurangan seorang pemain apabila Liridon dilayangkan kad merah pada minit 83.
Sementara itu, Bacina turut berkongsi bahawa penyerang import, Ranti Martins, masih tidak mampu memperagakan aksi terbaik kerana belum pulih daripada masalah kecederaan. Minta penyokong jangan terlalu pantas mengkritik, Martins sudah lakukan apa yang terdaya serta bermain dalam keadaan menahan sakit.
“Ramai tidak tahu dia ada alami kecederaan pada pertemuan sulung dan dia masih berdegil mahu bermain. Malahan, dia teruk dibentes oleh pemain lawan di bahagian tendon pada perlawanan hari ini namun dia tetap mahu beraksi. Dalam hal ini, saya ucapkan terima kasih padanya kerana sudi berkorban kepada pasukan. Perlu diingatkan, bola sepak bukan berkisar tentang soal individu, ia bukan soal Martins atau Seok-Min namun kesemua pemain di dalam atau di luar padang,” katanya.