})();

nuffnang

16 January 2018

Pulau Pinang Sah Ikat KEN ILSO LARSEN Dari Denmark

KEN ILSO LARSEN MILIK PENANG FA MUSIM 2018 LIGA PERDANA

Ken Ilso: Bakal penyerang Pulau Pinang.

Ken Ilso menyertai Penang untuk musim 2018 selepas meninggalkan Kedah 2017.

Pemain kelahiran Denmark ini pada asalnya merupakan salah satu pemain muda yang disasarkan akan menyinar di Eropah. Tetapi ia tak menjadi.

Dari seorang bintang harapan Denmark kepada penyerang Kedah dan seterusnya menyertai Penang FA. Mari kita ikuti perjalanan ringkas karier Ken Ilso.

Profail

Nama: Ken Ilso Larsen
Tarikh lahir: 2 Disember 1986
Tempat lahir: Solrod Strand, Denmark
Tinggi: 1.83m
Kewarganegaraan: Denmark
Posisi: Tengah Menyerang(AM), Penyerang
Kaki prima: Kanan

Maklumat karier

Seperti kanak-kanak di Denmark yang lain, Ken Ilso mengasah bakat bola sepaknya di sebuah kelab bola sepak kecil, BK Pioneren.

Di BK Pioneren, bakatnya terlalu besar untuk sebuah kelab amatur. Jadi beliau dipikat oleh sebuah kelab semi-profesional Denmark, Kjøbenhavns Boldklub dan kemudiannya di Boldklubben Frem.

Ketika beraksi bersama Boldklubben Frem inilah, Ilso mendapat peluang memperagakan bakatnya di kejohanan-kejohanan bola sepak sekitar Denmark dan Scandivania.

Dan untuk pengetahuan anda, kejohanan bola sepak antara kelab-kelab kecil Scandivania adalah lubuk bagi peninjau bakat dari kelab-kelab liga Belanda untuk mencari pemain-pemain muda yang berbakat.

Di kejohanan kecil inilah, bakat Ilso dikenal pasti oleh seorang peninjau bakat dari Heerenveen. Akhirnya pada usia 18 tahun, beliau sudah membawa kariernya ke Belanda. Secara serta-merta, nama Ken Ilso meletup di negaranya.

Tak menjadi di Heerenveen

Di Heereveen, Ken Ilso mendapati bukan beliau seorang penyerang muda yang berbakat. Beliau bergelut untuk merebut tempat kesebelasan utama dengan kehadiran Klaas Jan-Huntelaar, Lasse Nilsson, Ugur Yildrim, Niklas Tarvajärvi dan Georgios Samaras.

Sepanjang 4 tahun beliau di Heerenveen, Ilso hanya mencatat satu penampilan liga.Ia adalah petanda jelas bahawa Ilso tak menepati standard liga Belanda.

Selepas itu, Ilso balik kampung untuk bermain dengan Sønderjyske. Di sini Ilso bermain dengan baik.

Beliau menjaringkan 12 gol dari 52 penampilan. Ia satu pencapaian yang memuaskan jika diambil kira faktor bahawa Sønderjyske adalah pasukan kecil yang sentiasa bergelut dalam zon penyingkiran liga Denmark.

Prestasi memuaskan Ilso ini meyakinkan FC Midtjylland untuk menandatangani beliau.

Tak menjadi di Jerman pula

Bersama kelab ini, Ilso turut mempamerkan persembahan baik. Hinggakan nama beliau muncul dalam senarai penyerang dikehendaki di sebuah kelab divisyen ke-2 Jerman, Fortuna Dusseldorf.

Bagaimanapun Ilso gagal mengambil peluang untuk menyerlah di Jerman. Beliau diberikan satu lagi peluang di Jerman oleh VfL Bochum. Tetapi sekali lagi beliau gagal menyerlah.

Cuba nasib di Asia

Mungkin sudah putus harapan di Eropah, Ken Ilso mencuba nasib di Asia pula. Pada tahun 2014, beliau menandatangani kontrak bersama kelab Chinese Super League, Guangzhou R&F.

Gagal mendapatkan tempat di Guangzhou R&F, Ilso meninggalkan China selepas hanya 3 bulan sebagai ejen percuma. Beliau kemudiannya menyertai kelab Singapura, Home United pada 2015.

Di Singapura, Ken Ilso mengganas. Prestasinya menjadi perhatian kelab-kelab Vietnam, Thailand dan Singapura.

Sertai Kedah

2 musim bersama Home United, Ilso memilih untuk menyertai Kedah pula walaupun Home United menawarkannya kontrak lanjutan.

Ilso memberitahu, visi pembangunan pemain muda Tan Cheng Hoe dan sokongan fanatik penyokong Kedah adalah tarikan terbesar beliau menyertai Kedah.

Di Kedah, Ilso perlu bersaing dengan Sandro Mendonca. Kedua-duanya memiliki gaya bermain yang hampir sama. Kedua-dua mereka boleh bermain tengah menyerang, penyerang kedua dan juga penyerang utama.

Untuk pengetahuan semua, Ilso memiliki latar akademik yang sangat baik. Beliau sedang berusaha untuk mendapatkan Sarjana Muda Perundangan dengan Southern Danish University.

Dan untuk musim 2018 Beliau bakal mewakili Pulau Pinang untuk membantu Harimau Kumbang kembali ke Liga Super 2019.

ANDA INGIN JANA PENDAPATAN PASIF SETIAP BULAN TANPA GAGAL, SETIAP BULAN DIBAYAR JOM SAYA BANTU

No comments:

Post a Comment