})();

nuffnang

03 January 2018

PENANG FA 2018 MANTAP

2018 SATU PERMULAAN KE ARAH YANG LEBIH BAIK
___________________________________

Melihat cara pengurusan pasukan untuk musim 2018, dapat Admin simpulkan sebenarnya FAP sudah melakukan apa yang terbaik untuk mengembalikan keyakinan peminat. Walaupun pelbagai ceritera ditabur bagi menggambarkan kepincangan dan ketidaktentuan barisan pengurusan tertinggi FAP, ianya tidak sedikit pun menyebabkan badan bolasepak negeri ini goyah.

Sebaik perletakkan jawatan YB Zairil selaku Presiden FAP, pengunduran Gary dan Lawrence selaku Naib Presiden dan Pengurus Pemasaran, saudara Zulfikar Amizan, FAP kembali ditadbir oleh beberapa pegawai FAP yang tinggal iaitu saudara Mohd Azizuddin Mohd Shariff, Goh Choon Keong dan L. Katherisan.

Tak perlulah kita menyebut kembali siapa antara mereka yang menguruskan pencarian jurulatih, pemain tempatan dan import dan akhirnya menyebabkan pasukan jatuh ke Liga Perdana. Namun apa yang Admin boleh pastikan adalah nama-nama yang terbabit sudah tidak berada dalam FAP lagi ketika ini. Biarlah kepergian mereka hanya menjadi satu sejarah hitam buat Pulau Pinang.

Kita tutup cerita lama, dan buka cerita baharu. Pedulikan segala info-info kurang enak yang bertebaran di media-media sosial seperti hal-hal tunggakan gaji atau apa saja cerita lama. Liga Malaysia yang ditadbir FAM melalui FMLLP ada garis panduan dan undang-undang sedia ada. Sudah pasti mata pasukan akan dipotong jika pihak FAP tidak berjaya menyelesaikan isu-isu tersebut. Melalui jaminan bahawa perkara tersebut akan diselesaikan sebaik sahaja urusan bersama beberapa penaja dimuktamadkan.

Pastinya musim 2018 adalah satu detik permulaan ke arah yang lebih baik. Segalanya memerlukan sokongan semua pihak dan tidak terkecuali anda semua sebagai penyokong. Diharap juga pihak-pihak yang ada masalah peribadi dengan pihak pengurusan tidak mengheret penyokong untuk turut sama terbabit sehingga terbawa-bawa ke arah bibit-bibit perpecahan.

Kita semua perlu bersatu di atas nama Pulau Pinang. Lupakan sengketa yang lama, InsyaAllah musim 2018, Liga Perdana kita punya! Haria Penang Haria!
GUNASIMKADTONEPLUS
SIMKADBAGIDUIT

#bolapenang
#hariapenangharia
#puma

No comments:

Post a Comment