})();

nuffnang

22 December 2016

Keputusan Undian Piala FA Malaysia 2017

Undian Piala FA Malaysia 2017 Kini Telah Muktamad....


Yang dinantikan seluruh peminat sukan bola sepak Malaysia kini sudah pun dimuktamadkan.

Dimanakah pasukan anda berada samada dalam kumpulan maut atau kumpulan makanan .

Keputusan undian Piala FA 2017 telah berlangsung sebentar tadi di Geno Hotel, Subang Jaya.

 Pusingan pertama akan bermula pada 5 Feb 2017 manakala pusingan kedua bermula pada 14 Feb 2017.

Piala FA Malaysia 2017 juga dikenali sebagai Piala FA 2017 Superbest Power merupakan edisi ke27
Piala FA Malaysia. Johor Darul Ta’zim merupakan juara musim lepas setelah menewaskan PKNS dengan jaringan 2 − 1 di peringkat akhir.


Keputusan Undian Piala FA 2017

Undian melibatkan perlawanan pusingan pertama (kelayakan) yang melibatkan 14 pasukan dari Liga FAM. Undian juga melibatkan perlawanan pusingan kedua yang mengandungi 24 pasukan termasuk lapan pasukan yang layak dari pusingan pertama. Saingan Piala FA 2016 hanya membabitkan 32 pasukan sahaja iaitu :-

12 pasukan dari Liga Super, 12 pasukan dari Liga Premier (Liga Perdana) dan 8 pasukan terbaik dari Liga FAM

Untuk pasukan dari Liga FAM 2017, perlawanan play-off akan dijalankan bagi memilih 8 pasukan yang terbaik.


Pasukan dari Liga FAM 2017

1. PJ Rangers

2. DYS FC

3. FELCRA FC

4. Hanelang

5. Ipoh

6. KDMM FC

7. Megah Murni

8. MPKB-BRI U-Bes

9. MOF FC

10. SAMB FC

11. Penjara

12. PBMM FC

13. Sime Darby

14. Shahzan Muda

15. Sungai Ara

16.UKM FC



Pasukan manakah yang bertuah dalam undian kali ini. Untuk makluman, JDT adalah juara bertahan Piala FA 2016.


Jadual Perlawanan Piala FA 2017

Keputusan undian Piala FA 2017 Pusingan Pertama dan Kedua adalah seperti berikut :-

Pusingan Pertama (Kelayakan)


1. KDMM FC – BYE (K1)

2. Penjara FC vs FELCRA FC (K2)

3. Sungai Ara FC vs MOF FC (K3)

4. PBMM FC vs SAMB FC (K4)

5. Sime Darby vs Shahzan Muda FC (K5)

6. Air Asia All Stars vs DYS FC (K6)

7. UKM FC – BYE (K7)

8. MPKB-BRI U-Bes – BYE (K8)

*Pasukan ‘BYE” akan terus mara ke pusingan kedua.



Pusingan Kedua

1. MPKB-BRI U-Bes vs Penang FAP

2. KNP FC vs Kelantan FA

3. Melaka United FC vs PKNS FC

4. Perak vs PBMM FC / SAMB FC

5. Felda United FC vs Johor Darul Ta’zim

6. Sime Darby / Shahzan Muda FC vs Kuantan FA

7. Johor Darul Ta’zim II vs Pahang FC

8. Kedah FA vs Kuala Lumpur FA

9. Air Asia All Stars / DYS FC vs UiTM FC

10. Perlis FA vs PDRM FA

11. Penjara FC / FELCRA FC vs Terengganu FC

12. Selangor vs Negeri Sembilan FA

13. Sarawak FA vs MISC-MIFA

14. Sabah FA vs UKM FC

15. T–Team FC vs ATM

16. KDMM FC vs Sungai Ara FC / MOF FC




Format Pertandingan

# Semua perlawanan pusingan pertama, kedua, ketiga dan perlawanan akhir Piala FA dimainkan secara kalah mati satu pusingan.
.
# Perlawanan peringkat suku akhir dan separuh akhir akan dimainkan secara perlawanan timbal balik.
Admin melihat laluan mudah buat Skuad Harimau Kumbang dan semoga perjalanan The Panthers musim 2017 akan membawa tuah yang berpanjangan serta mampu melakar kejutan dengan tenaga muda yang ada dalam senarai pemain bola sepak Pulau Pinang..Hariaaaaa Penang Hariaaaaaa..
Aree Bihunsup Ex Service Sempoii Nak Habaggg....



20 December 2016

Penang Black Panthers Juara Sepak Takraw 2016 STL

Penang Panthers Dedah Rahsia Kejayaan Dengan Dapatkan Khidmat Pakar Thailand


Kejayaan yang cukup membanggakan skuad sepaktakraw Pulau Pinang yang lebih di kenali sebagai

Penang Black Panthers. Menjuarai STL edisi ketiga.


Ramuan yang diadun dengan hebat dari pelbagai negara menjadi rujukkan utama membuahkan

kejayaan ini. Merujuk kaedah latihan dan corak permainan pasukan luar negara seperti Thailand dan

Korea Selatan menjadi solusi utama kejayaan jurulatih Helmi Ismail mengemudi Penang Panthers

menjuarai Divisyen Perdana Liga  Sepak Takraw (STL) 2016, kelmarin.


" Kajian itu digunakan untuk mencuri kelemahan lawan dan meningkatkan kemajuan pasukan saya .

Orang lama (sepak takraw) Malaysia juga menjadi rujukan dan input saya. Saya buat (mengkaji) apa

yang orang lain kurang mahu lakukan.


" Kebanyakannya hasil pemerhatian dan pengalaman saya sendiri apabila pergi ke negara-negara itu.

Selainnya, pengalaman bekas apit kanan negara sememangnya banyak membantu saya," kata coach

yang pernah membantu Malaysia meraih pingat  perak berpasukan Sukan Asia Guangzhou 2010.

Helmi Ismail juga bekas pelibas negara berusia 33 tahun ini turut dianggap mempunyai sentuhan

magis selepas turut menerajui Pulau Pinang mengakhiri penantian 54 tahun untuk menjulang Piala

Emas Khir Johari pada Kejohanan Kebangsaan dengan menewaskan Selangor 2-0 di Putrajaya,

Februari lalu.



Syahir Rosdi sebagai tekong, perejam Azlan Alias dan pengumpan Zaim Razali turut mengaut

ganjaran RM40,000 selaku juara STL edisi ketiga di Stadium MPSJ, Serdang Jaya selepas

menumpaskan Kuala Lumpur Thunder dengan cukup mudah 21-15, 21-10 pada perlawanan akhir

Divisyen Perdana.


Sekadar 50 minit diperlukan untuk mengecewakan regu kendalian Azhar Sarabini ( Farid

Aziz/Ahmad Aizat Nor Azmi, Hafiz Rahman/Zamree Dahan dan Amirul Zazwan Amir) manakala

Syahir memperoleh bonos RM2,500 apabila dinobat Pemain Paling Bernilai (MVP) perlawanan itu

dan Tekong Terbaik.


" Kami tidak mempersiakan setiap peluang yang hadir dan mengurangkan kesilapan manakala tekong pula berjaya mendapat mata penuh dengan kekuatan mental yang cukup tinggi," kata Helmi.


Manakala jurulatih Thunder Azhar berkata: "Prestasi lawan memang hebat dan sebaliknya pemain

saya cukup hambar dan serba tidak menjadi, saya sudah tukarkan tekong dan apit kanan namun

sebagai pasukan bukan pilihan masuk ke final sudah memadai buat kami.


" Permainan kami cukup longgar, mereka seperti sudah memuncak terlalu awal pada separuh akhir (

menewaskan Terengganu Turtles 21-14, 21-14, Sabtu lalu). Lontaran bola Azlan (apit kanan) kepada

 tekong memang cantik dan servis panjang (Syahir) pula menepati sasaran," kata guru Sekolah Sukan

 Bukit Jalil itu.


Sementara itu di Permatang Janggus, Permatang Pauh, Bukit Mertajam Mohamad Asri Zakaria bapa

kepada tekong Mohd Fadil ( gambar memegang piala diatas ) menyatakan kesyukuran yang amat

sangat diatas kejayaan skuad Penang Panthers meraih kejayaan pada edisi kali ini. Untuk maklumat

encik Asri juga merupakan bekas pemain takraw sekitar tahun 80an dan pernah mewakili peringkat

Zon sekolah rendah dan menengah.

Tahniah sekali lagi buat Penang Panthers Takraw.


08 December 2016

2017 Format Piala Malaysia Tiada Perubahan

Format Tidak Berubah, Jadual Piala Malaysia Serentak Dengan Liga Super Dan Liga Perdana.
Ramai di kalangan peminat bola sepak Malaysia tertanya-tanya adakah jadual dan format perlawanan bola sepak akan berubah berikutan Malaysia menjadi tuan rumah pada aksi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur tahun hadapan.
Namun segala teka-teki kini sudah terjawab selepas satu pertemuan diadakan dengan wakil semua pasukan semalam.
Format sedia ada Liga Malaysia (Liga M) tahun depan kekal seperti  musim ini apabila saingan Piala Malaysia berlangsung serentak dengan Liga Super dan Liga Perdana.
Keputusan itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) Kevin Ramalingam hasil pertemuan dengan wakil pasukan negeri dan kelab.
" Saingan Liga Super dan Liga Perdana serta Piala Malaysia akan diadakan serentak. Pasukan memilih untuk kekal dengan format sedia ada sekarang kerana mereka mahu memberi peluang pada pendekatan sekarang untuk lebih berjaya," kata Kevin semasa taklimat Liga-M semalam.
Berdasarkan jadual awal, kempen Liga-M 2017 akan bermula dengan aksi sumbangsih antara penyandang juara Liga Super Johor Darul Ta'zim (Johor DT) bertemu juara Piala Malaysia Kedah di Larkin pada 20 Januari depan dan turut dilangsungkan pada tarikh yang sama perlawanan Liga Perdana.
Manakala perlawanan lain Liga Super akan diadakan pada 21 Januari dengan pembuka tirai Piala Malaysia pada Ogos dan berakhir pada 28 Oktober.
Kevin turut menambah yang jadual liga sedikit padat pada Julai kerana saingan akan berehat pada Ogos untuk memberi laluan kepada Sukan SEA Kuala Lumpur juga dimaklumkan tiada sebarang perlawanan berlangsung ketika Bulan Ramadan.
" Dari segi penjadualan kami sudah cuba memastikan perlawanan ada jarak tapi kerana Sukan SEA berlangsung Ogos, kami akan berehat tiga minggu, jadi jadual Julai akan sedikit padat. Selain itu, Ok," katanya.
Berhubung isu pendaftaran PKNS FC pula dalam Liga-M musim depan, Kevin berkata pihaknya akan meneliti terlebih dahulu surat penyertaan kelab itu yang kini dikatakan sudah bergabung dengan Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBSMS) selepas tidak mendapat sokongan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).
" Hal ahli gabungan adalah di bawah statut FAM, jadi hanya mereka yang layak menentukan sama ada setiap pasukan itu ahli gabungan atau tidak. Kami akan merujuk dahulu kepada FAM, kalau dikatakan sah maka FMLLP akan terima penyertaan mereka," katanya.

07 December 2016

Faiz Subri Pencetus Anugerah Penjaring Tercantik Peringkat Kebangsaan FAM

Kerana Faiz Subri FAM Cadang Beri Anugerah Bolasepak Kebangsaan Kepada Pemain Tempatan


Berita yang pastinya bakal menggembirakan setiap pemain bola sepak Malaysia yang beraksi dalam

 Liga Malaysia. Disebabkan Mohd Faiz Subri pemain tonggak tengah Pulau Pinang lakaran sejarah

baharu akan menjadi rebutan penjaring bola tercantik.


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia mengusulkan cadangan untuk mewujudkan Anugerah

Bolasepak Kebangsaan selepas ini.


Segala idea itu mula difikirkan susulan kejayaan pemain Harimau Kumbang, Mohd Faiz Subri yang

melakar sejarah muncul finalis Anugerah Puskas 2016 iaitu pengiktirafan terbesar bagi jaringan

terbaik peringkat dunia.


Datuk Hamidin Mohd Amin selaku Setiausaha Agung FAM berkata, cadangan untuk memberi

pengiktirafan kepada pemain tempatan yang menjaringkan gol tercantik dilihat selari dengan

anugerah anjuran Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FAM).


" Bagi saya cadangan untuk mengadakan Anugerah Gol Terbaik di peringkat kebangsaan sesuatu

yang baik kerana ia akan memberi semangat kepada pemain untuk menghasilkan gol berkualiti.

" Perkara ini boleh diusulkan kepada FMLPP (Kerjasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia)

 kerana kategori Anugerah Gol Terbaik sememangnya ada dalam anugerah tahunan anjuran FIFA,

jadi saya fikir cadangan ini selari dengan apa yang dilaksanakan oleh FIFA,"kata Datuk Hamidin.


Di Malaysia sejak dianjurkan pada 2015, Anugerah Bolasepak Kebangsaan hanya mempertandingkan kategori Pemain Paling Bernilai, Pemain Tengah Terbaik, Pemain Pertahanan Terbaik, Penjaga Gol


Terbaik, Pemain Import Terbaik, Pemain Muda Terbaik dan Anugerah Penjaring Terbanyak.

Edisi tahun ini semua anugerah tersebut akan berlangsung pada 23 Disember ini.


Bagaimanapun kejayaan pemain berusia 29 tahun dari Liga Super Pulau Pinang yang disenaraikan

 bersama dua lagi calon Marlone dari Brazil dan Daniuska Rodriguez (Venezuela) sebagai finalis

Anugerah Puskas 2016 seharusnya dijadikan langkah permulaan untuk FAM dan FMLLP

mewujudkan anugerah yang sama di peringkat kebangsaan.


Ketika ditanya mengenai kemungkinan Anugerah Gol Terbaik itu bakal bergelar Anugerah Faiz Subri sebagai menghargai jasa Pemain Pulau Pinang itu, Datuk Hamidin berkata, perkara itu akan dibincangkan kemudian.


Sebagai rakyat negeri Pulau Pinang dan penyokong Harimau Kumbang, admin cukup berbangga

dengan apa yang telah berjaya dilakukan oleh pemain berjersi 13 itu sehingga bakal melakar sejarah

dalam bola sepak Malaysia.


04 December 2016

Ganjaran Besar Menanti Faiz Subri

FAM Sedia Beri Imbuhan Atas Kerja Keras  Pemain Pulau Pinang Itu
Satu lagi berita gembira buat pemain berjersi 13, Mohd  Faiz Subri apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membayangkan untuk memberi ganjaran khas pada pemain Pulau Pinang itu yang kini tersenarai dalam tiga calon akhir untuk menerima anugerah Puskas 2016.
Datuk Seri Afandi Hamzah yang merupakan Timbalan Presiden FAM berkata, jaringan yang dikatakan 'melanggar hukum fizik' daripada Faiz itu bukan sahaja mengharumkan nama negara di persada antarabangsa malah ia menunjukkan kepada dunia bahawa anak tempatan juga memiliki keupayaan setanding pemain hebat dari benua lain.
Jelasnya, FAM bersedia untuk memberi ganjaran buat bintang Harimau Kumbang itu yang beliau percaya jaringan berkenaan terhasil dari kerja keras tonggak tengah terbabit.
" Mengenai ganjaran, kami bersedia membincangkan cadangan itu dalam mesyuarat akan datang kerana kejayaan Faiz bukannya hadir begitu mudah.
" Daripada beribu-ribu gol hinggalah 10 terbaik dan sekarang tiga terbaik, ini sudah cukup membuktikan pemain Malaysia juga mempunyai 'kelas' tersendiri dan ia harus diberi pujian dan penghargaan," katanya yang turut membayangkan untuk mengiringi Faiz ke majlis Anugerah Tahunan Bolasepak FIFA di Zurich, Switzerland, pada 9 Januari depan.
Daripada 10 gol terbaik yang disenaraikan FIFA pada undian pusingan pertama sebelum ini, Faiz dan dua lagi finalis lain iaitu Johnathan Marlone, pemain kelab Corinthiana dari Brazil dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela berjaya muncul tiga calon akhir untuk anugerah berkenaan.
Mereka akan melalui proses undian kedua yang bermula semalam sehingga tarikh tutup pada hari anugerah itu di Zurich, 9 Januari nanti. Peminat boleh membuat undian di laman sesawang  http://www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/index.html.
Menurut Datuk Seri Afandi lagi, beliau sudah menduga awal lagi jaringan ajaib Faiz itu mampu melepasi undian awal dan keyakinan itu semakin bertambah selepas mengetahui gol itu berjaya ke peringkat akhir.
"Dulu masa mula-mula FAM menghantar permohonan rasmi kepada FIFA, saya memang cukup yakin gol itu mampu disenaraikan dalam 10 terbaik kerana cara lencongan bola yang menghasilkan gol itu sememangnya cukup ajaib dan amat mengagumkan.
"Kini tahap keyakinan saya semakin bertambah apabila tersenarai dalam tiga terbaik dan saya percaya Faiz mempunyai peluang cerah untuk memenangi anugerah sekali gus melakar sejarah baharu kepada negara," katanya.
Berdasarkan teknik gol yang dihasilkan Pemain Pulau Pinang atau lebih dikenali dengan jolokkan "The Panthers" , Mohd Faiz Subri menerima reaksi positif peminat seluruh dunia, peluang untuk pemain berusia 29 tahun itu merampas gelaran daripada penyandang musim lalu Wendell Lira dari Brazil dilihat amat cerah.
Admin menyeru seluruh warga Malaysia yang minat atau tak minat sukan sama-sama kita memberi undi kepada Mohd Faiz Subri agar impian kita menjadi nyata untuk melihat seorang warga bola sepak negara akan mencatat sejarah dalam sukan bola sepak negara. Jom 30 juta rakyat Malaysia kita undi gol jaringan ajaib Faiz Subri.

01 December 2016

Shebby Inginkan Jurulatih Luar Negara

Serbegeth Singh Saran FAM Kaji Semula Ambil Jurulatih Luar Negara
Serbegeth Singh yang merupakan bekas pemain kebangsaan menyarankan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) segera menentukan nasib Kim Swee selaku pengendali negara dengan mengalih tumpuan kepada jurulatih asing.
"Pemain kita bukan tak bagus, cuma kita kekurangan sentuhan jurulatih (Datuk Ong Kim Swee). Sudah tiba masanya kepakaran luar dipertimbangkan bagi membawa idea baharu dalam persembahan pasukan." Katanya.
Jelasnya lagi, tidak semestinya jurulatih dari Eropah harus dipilih mengisi kerusi panas itu sebaliknya beliau melihat beberapa pilihan lain boleh diambil umpamanya dengan mencari jurulatih dari Asia Timur juga mampu meningkatkan kualiti Harimau Malaysia.
Beliau juga memberi contoh, Kemboja umpamanya sebelum ini hanya digelar pasukan balasahan namun sejak dilatih pengendali dari Korea Selatan, Lee Tae Hoon mereka tampil dengan aksi cukup berbeza dan mampu memberi saingan sengit pada kempen Piala AFF kali ini.
"Peluang untuk jurulatih tempatan sudah pun diberi ruang seluas-luasnya sejak 11 tahun yang bermula dengan kegagalan di kempen Piala Asia di bawah kendalian Norizan Bakar (2005-2007) sebelum B Sathianathan (2007-2008), Datuk K Rajagobal (2009-2013), Dollah Salleh (2014-2015) dan kini Datuk Ong Kim Swee semuanya semuanya tidak memberi impak berkesan.
" Kejayaan kita cuma sekejap saja ketika menjuarai Piala AFF pada 2010. Selepas itu ke mana hilangnya sentuhan kemenangan itu. Corak permainan kita langsung tidak berubah biarpun beberapa jurulatih diberi peluang."
Sebagai admin saya juga merasakan yang FAM sudah sepatutnya memberi peluang kepada jurulatih luar agar corak dan persembahan skuad Harimau Malaysia berubah mengikut zaman terkini. Kalau kita masih menggunakan khidmat jurulatih tempatan pastinya mutu dan kualiti bola sepak negara tak akan kemana. Bak kata pepatah " Pi mai pi mai tang tu jugak ".
FAM lakukan sesuatu dengan kadar segera dan jangan hanya asyik berebut dan mempertahankan jawatan sahaja, perlu anda laksanakan tanggungjawab pada perkara yang diamanahkan buat anda meningkatkan mutu bola sepak negara agar di segani dan di takuti lawan.