Sang Penyu Berputih Mata DiBelasah PQPTRW
TAG - Liga Super 2021, Penang FC Champion ,EPL, Messi, Ronaldo,Covid-19
nuffnang
16 July 2016
Skuad Kelantan Hebat
Terengganu yang walaupun berehat tapi masih mempunyai memori segar dengan kejayaan menundukkan Pahang dalam kancah Piala Malaysia Selasa lalu. Bermula dengan cukup garang apabila menjaringkan gol pada minit ketiga melalui sepakan penalti Blazhe IIlioski selepas dijatuhkan pertahanan Vincent Bikana yang menerima hukuman kad merah.
Terengganu yang tersentakan dengan jaringan itu dan juga bermain 10 orang sahaja terus menggandakan asakkan dan berjaya memperolehi gol penyamaan berselang empat minit kemudian menerusi sepakan percuma menarik Issey Nakijima Farran.
Perlawanan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dilihat semakin menarik apabila serangan demi serangan semakin dilakukan kedua pasukan. Kekurangan seorang pemain tidak mematahkan semangat skuad kendalian Mike Mulvey malah mereka semakin ghairah memburu gol.
Keghairahan Terengganu mencari gol menyebabkan benteng pertahanan menjadi goyah dan hasilnya Junior yang tidak dikawal mudah menjaringkan gol kedua pelawat sebelum wisel rehat ditiup menjadikan kedudukkan 2-1.
Bermula babak kedua, Skuad Kelantan yang tidak memberi ruang kepada tuan rumah mencuri peluang namun pelawat seolah tumbuh taring apabila melancarkan serangan demi serangan yang cukup berbisa dan berjaya menghasilkal gol ketiga menerusi Wan Zack Haikal yang gagal diselamatkan oleh penjaga gawang Terengganu Sharbinee Allawee Ramli.
Kemasukan Norshahrul Idlan Talaha, Joseph Kalang Tie dan Mohd Ashri Samsuddin langsung tidak memberi kesan terhadap jentera serangan Kelantan yang terus meyumbat gol yang dihasilkan pada minit ke-64, 76 dan 86 oleh hatrik Ilioski.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment