})();

nuffnang

18 June 2016

Misi Hidup Mati Belgium Euro 2016

Pertemuan Malam Ini Ibarat Misi Hidup Mati Bagi Belgium Yang Bakal Tersingkir Jika Kalah


Belgium yang akan bertemu dengan Ireland malam ini perlu melakukan sesuatu bagi menghidupkan mereka ke pusingan 16 terbaik nanti namun itu jika mereka mampu menang dan andainya tewas mereka terpaksa pulang awal.

Pengurus Belgium, Mare Wilmots menyifatkan pertemuan dengan Ireland ibarat misi 'hidup mati' untuk pasukannya dalam kempen Euro 2016.

Kekalahan mengejut 0-2 kepada Itali dalam aksi pembukaan membuatkan pasukan no.2 dunia itu terpaksa memikul beban untuk mencari kemenangan sulung dalam kumpulan E sekaligus menghidupkan peluang meraih tiket ke pusingan kedua.

Ketumpulan jentera serangan menembusi benteng Itali memaksa Belgium melakukan beberapa rombakan untuk berdepan Ireland yang mempamerkan aksi hebat ketika mengikat Sweden 1-1.
"Kami sekarang sedikit tertekan samada menang atau mati.

"Ada dua lagi perlawanan menanti dan kedua-duanya umpama perlawanan akhir. Seandainya kami gagal bangkit dan kalah pada perlawanan pertama, kami boleh pulang awal.

"Amat penting pada kami untuk fokus dan jangan sekali-kali melakukan kesilapan bodoh yang boleh mengundang padah,"kata Wilmots.

Biar pun agak terdesak mencari kemenangan, namun kami tidak memandang rendah keupayaan jentera serangan Ireland oleh itu kami meletakkan dua tonggak pertahanan, Toby Alderweireld dan Jan Vertonghen untuk menyekat penyerang lawan, Shane Long.

Bintang tengah Chelsea, Eden Hazard terus mendapat kepercayaan mengetuai jentera serangan Belgium bersama Marouane Fellaini.

Dan keputusan perlawanan memihak kepada Belgium dengan 3-0.