Sudah Hampir Setengah Bulan Bersama Coach Baru Amat Memberi Kepuasan Dalam Latihan Dengan Pendekatan Baru Nenad Dan Bojan
Di bawah bimbingan jurulatih baru, Nenad Bacina dan pemantauan oleh Bojan Hodak seperti memberi nafas baharu buat pemain Pulau Pinang dan ternyata mereka tidak berdepan sebarang masalah menyesuaikan diri. Pelbagai sudut yang menarik dan bukan sahaja tentang corak latihan mereka berdua tetapi prinsip falsafah serta disiplin yang jitu buat skuad dimantapkan.
Bagi pertahahan skuad Pulau Pinang, Mafry Balang, keseluruhan skuad Harimau Kumbang kini amat bersemangat sejak menerima suntikan baru yang di bawa Bacina dan Hodak. Amat ketara adalah dari segi taktikal yang diterapkan dan diserlahkan melalui pendedahan oleh mereka berdua.
"Bagi kami pemain, sesiapa sahaja yang menjadi jurulatih tidak timbul persoalannya untuk kami menerima mereka. Bezanya dengan Nenad dan Bojan, kami dapat merasai sesuatu kelainan dalam corak latihan yang diterapkan selain mereka amat tegas dengan semua pemain.
Banyak ilmu-ilmu baru yang kami perolehi setelah setengah bulan bersama mereka dan paling utama adalah soal taktikal yang sedang kami usahakan untuk mencapai tahap yang diperlukan jurulatih. Perkembangan terbaik adalah kami sekarang ini akan datang ke padang latihan lebih awal setengah jam kerana Nenad dan Bojan akan adakan perbincangan dengan pemain terlebih dahulu," katanya.
Walaupun gagal untuk beraksi pada Piala Malaysia namun ianya tidak mematahkan semangat Mafry malahan menganggap ianya adalah hikmah tersendiri kepada skuad The Panthers itu dan hanya perlu fokus untuk kekal dalam Liga Super untuk musim depan.
"Siapa pun akan kecewa, mulanya macam itulah, tetapi kami kena fikir positif. Buat apa beraksi di Piala Malaysia jika kami gagal menempatkan diri pada kelompok 10 terbaik di Liga Super.
Dan kami perlu meraih tiga mata setiap kali turun bermain di laman sendiri yang mana kami sering tewas tiap kali bermain di Bandaraya sebelum ini," katanya.
Bagi pendapat admin, suntikan tenaga baharu dari Nenad dan Bojan di harap dapat menghasilkan sesuatu selepas aksi saingan Liga Super bermula Julai nanti. Dan Pulau Pinang mampu melakukan sesuatu agar kita kekal relevan pada Liga Super tahun hadapan, Insha Allah.
No comments:
Post a Comment