})();

nuffnang

23 October 2015

Piala Malaysia 2015 - Sabtu 24 Oktober 2015 - Sarawak vs JDT

KAPTEN Sarawak, Joseph Kalang Tie.. berharap pasukan Bujang Senang mengambil kesempatan sepenuhnya ketika beraksi di gelanggang keramat mereka iaitu Stadium Negeri, Kuching bagi menewaskan Johor Darul Takzim (Johor DT) dalam aksi Piala Malaysia esok.

                                    
Meskipun tidak dapat beraksi akibat digantung satu perlawanan, namun Joseph optimis rakan-rakan sepasukannya akan turun bermati-matian dalam usaha mengutip tiga mata seterusnya mencerahkan peluang untuk ke suku akhir saingan berprestij itu kali ini.
Katanya, sorakan padu para penyokong setia Bujang Senang turut ditagih bagi menaikkan semangat juang para pemain walaupun sedar lawan yang bakal dihadapi itu nanti merupakan juara Liga Super 2015 dan naib juara Piala Malaysia musim lalu.
"Semua orang tahu reputasi Johor DT tetapi tiada yang mustahil dalam perlawanan bola sepak. Saya berharap sesiapa sahaja yang diturunkan oleh jurulatih nanti akan memberikan komitmen 100 peratus seterusnya memastikan tiga mata milik kami.
"Walaupun agak sedih kerana tidak dapat beraksi tetapi saya percaya para pemain lain akan menggalas tanggungjawab untuk memastikan kemenangan milik kami," katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kuching semalam.
Pertembungan Sarawak-Johor DT merupakan aksi keempat buat kedua-dua pasukan dalam Kumpulan B yang mana pasukan Harimau Selatan menang kesemua tiga aksi terdahulu, manakala Bujang Senang di tangga kedua selepas mengutip enam mata.
Dalam pada itu, Kalang Tie digantung satu perlawanan kerana dilayangkan kad merah ketika aksi menentang Perak minggu lalu dalam perlawanan yang menyaksikan Sarawak menang 1-0.
Mengulas mengenai insiden kad merah pada perlawanan tersebut, Kalang Tie mengakui kesilapan dirinya apabila gagal mengawal emosi sehingga tercetus kekecohan dengan pemain Perak, Mohd. Norhakim Isa yang turut dibuang padang pada minit ke-89...
Katanya, kejadian itu banyak mengajar dirinya dan bertekad tidak akan mengulanginya pada masa depan.
"Kejadian berlaku secara tidak disedari (spontan) dan saya mengakui kesilapan saya. Saya berharap kejadian ini menjadi pengajaran paling berguna buat diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi," ujarnya.

No comments:

Post a Comment