})();

nuffnang

22 January 2015

FAM Perkenal Hukuman Baru

DIGANTUNG daripada beraksi selama semusim. Itu hukuman baharu yang bakal menanti pemain bola sepak jika menandatangani dua kontrak sehingga menimbulkan kontroversi seperti membabitkan pemain kebangsaan, Gary Steven Robbat baru-baru ini....
Enggan dianggap berat sebelah kepada mana-mana pasukan, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, pihaknya mahu memperkenalkan hukuman lebih tegas seumpama itu bagi menyelesaikan masalah pemain yang mempunyai dua kontrak.
“Kalau pemain ada dua kontrak mereka tidak akan dibenarkan bermain musim itu, mereka yang mencari masalah dan saya akan pastikan kes seperti Gary akan menjadi yang terakhir.
“Kamu sebagai pemain yang mencari masalah, bukan majikan. Pemain mesti bertanggungjawab, jangan hendak berdolak-dalik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis gotong-royong membaiki rumah penduduk rosak akibat banjir di Kampung Panchor, Maran di Pahang semalam.
Kontroversi membabitkan Gary bermula selepas bekas pemain Harimau Muda itu menandatangani kontrak bersama Pahang sebelum membuat keputusan untuk menyertai Johor Darul Takzim (Johor DT).
Pada masa sama, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) turut menuntut khid­mat pemain tengah kebangsaan terbabit de­ngan alasan Gary yang berasal dari Kulim, Kedah itu perlu menyertai pasukan negeri kelahirannya selepas tidak lagi mewa­kili Harimau Muda.
Disebabkan itu, Gary digantung tiga bulan daripada menyertai apa sahaja kejohanan bawah FAM berkuat kuasa serta-merta dan didenda RM50,000 kerana tindakannya yang bercanggah dengan Arti­kel 17 Peraturan Status dan Perpindahan.
Justeru, Tengku Abdullah mahu setiap pemain mengambil iktibar daripada kontroversi seumpama itu dan mengingatkan mereka supaya memahami peraturan dan kod etika.
“Ia termasuklah mereka yang hendak bergelar profesional,” katanya.

No comments:

Post a Comment