})();

nuffnang

13 December 2014

AFF Suzuki Cup 2014

                                       

Perlawanan antara Malaysia dan Vietnam yang berlansung di Stadium Shah Alam minggu lepas menyaksikan Malaysia tewas 1-2 kepada Vietnam.

Keseluruhan rakyat Malaysia amat kecewa sehinggakan PM sendiri melahirkan betapa kecewanya beliau. Coach Dollah Salleh sendiri melahirkan rasa terkejut kerana rentak permainan yang di pamerkan Vietnam amat berbeza dari yang dijangkan. Mutu permainan mereka boleh dikatakan amat baik berbanding semasa perlawanan persahabatan sebelum bermulanya Piala AFF.

Semalam Khamis kunjungan Malaysia ke Ho Chin Min menyaksikan satu keajaiban telah berlaku dan kalau di fikirkan memang tak masuk akal bilamana permainan Malaysia dan Vietnam berubah sama sekali. Dalam Minit ke 28 separuh masa pertama Malaysia telah berjaya mendahului dengan 3-1.

Jaringan Malaysia seterusnya di jaringkan Ketua pasukam Syukur Adan pada minit ke 39 perlawanan untuk gol ke 4 Malaysia yang menyaksikan pasukan Vietnam semakin tampak gelisah dan kurang berkeyakinan.

Separuh masa ke 2 pada minit ke 79 Vietnam berjaya menghasilkan gol kedua disebabkan kegagalan pertahanan Malaysia dan dijaringkan oleh Ketua Pasukan Vietnam yang juga merupakan pemain terbaik mereka ....

                                    

Rentak dan corak permainan Malaysia serta Vietnam sekali lagi menampakkan perbezaaan yang amat ketara apabila Vietnam mula bemain dengan aggresif dengan melakukan serangan serangan pantas dan mampu mengkucar kacirkan pertahanan Malaysia. Namun percaturan Coach Dollah mampu mempertahankan gawang dari di bolosi dengan kekentalan penjaga Gol Malaysia Farizal Marlias yang tampak cukup bertenaga dan konsisten.

Serangan demi serangan dari Vietnam mampu di patahkan dan Malaysia pada separauh masa kedua lebih banyak bertahan dari menyerang dan akhirnya bila wisel penamat di bunyikan oleh pengadil dari Jepun....Malaysia berjaya menewaskan Vietnam dengan 4-2 dan aggregat 5-4. Dengan ini melayakkan Malaysia ke pentas separuh akhir dan bakal menentang Thailand.

Perlawanan akhir akan berlangsung di Thailand pada 17hb Dis 2014 (Rabu). Separuh akhir kedua akan berlangsung di Malaysia pada 20hb Dis 2014 (Sabtu) samada di Bukit Jalil atau pun di Shah Alam..

Sama sama kita beri sokongan padu kepada Harimau Malaya....Malaysia Bolehhhhh..

BERMINAT BERNIAGA DI PASAR MALAM , KLIK DISINI EBOOK MANTAP TERHEBAT



No comments:

Post a Comment