LONDON - Wayne Rooney mengakui England tidak boleh melakukan kesilapan ketika memulakan kempen kelayakan Euro 2016 menentang Switzerland (2.45 pagi esok waktu Malaysia).
Skuad kendalian Roy Hodgson berlepas ke Basel dengan mengharapkan persembahan terbaik dapat diberikan selain mencatatkan kemenangan bagi melupakan peristiwa hitam ketika Piala Dunia 2014.
Switzerland dilihat sebagai satu-satunya pasukan yang mampu menggugat peluang England untuk beraksi dalam pusingan akhir Euro di Perancis apabila mereka diletakkan di dalam Kumpulan E.
Ketika Piala Dunia 2014....Switzerland hanya tewas kepada Argentina selepas Angel Di Maria menjaringkan gol pada masa tambahan ketika mereka bertemu di pusingan 16 pasukan terbaik.
Mereka turut menjadi pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan di St. Jakob-Park menentang England berdasarkan kedudukan mereka yang berada di anak tangga kesembilan dunia.
Perlawanan persahabatan yang dimenangi England 1-0 ketika bertemu Norway terus disambut dengan kritikan,,,,,, sehingga membuatkan Hodgson hilang pertimbangan terhadap wartawan yang mempersoalkan pasukan mereka tidak membuat banyak percubaan tepat ke gawang lawan.
Enggan menyerah kalah, ketua pasukan Rooney tahu pasukannya tidak boleh membiarkan kekecewaan yang mereka alami dalam Piala Dunia terus mempengaruhi prestasi dan corak permainan.
"Adalah penting untuk memulakan kempen kelayakan dengan mendapatkan kemenangan.
"Amat penting juga buat kami untuk terus mencuba dan memenangi setiap perlawanan, namun saya fikir tidak kalah dan memberikan kelebihan kepada Switzerland adalah pebih penting," kata Rooney.
Gara-gara mempamerkan aksi hambar ketika kempen Piala Dunia Julai lalu, skuad Three Lions gagal menarik peminat mereka ke Stadium Wembley sewaktu bertemu Norway. Malah jumlah penonton yang hadir adalah paling sedikit dalam sejarah Wimbledon baharu sejak 2007 bagi perlawanan antarabangsa.
Lebih malang lagi, para penonton tidak terpukau dengan aksi yang dipamerkan oleh pasukan kebangsaan mereka yang dilihat kurang bermaya dan tidak berkualiti. - AFP
No comments:
Post a Comment