})();

nuffnang

05 February 2014

Kekuatan Dan keampuhan Bola Sepak Negeri Pulau Pinang

                                          Penang FA
Ramai peminat bolasepak Pulau Pinang mengharapkan sesuatu yang hebat dan bakal menaikan nama Bolasepak Pulau Pinang sebaris dengan pasukan Negeri dan Kelab lain setelah sekian lama terkubur dari arena bola sepak Malaysia.

Semasa pelawanan persahabatan berpusu-pusu penyokong fanatik dan yang pertama kali datang menyaksikan pasukan negeri bermain dan mereka memang cukup terhibur apabila di hidangkan dengan aksi-aksi yang cukup hebat pada ketika itu dan ada pula yang berkata " kalau permainan seperti ini di kekalkan pasti tahun depan kita akan mara ke liga Super". Adakah kata-kata ini benar dan boleh di terima.

Semasa perlawanan antara Pulau Pinang dan Sarawak rata-rata peminat amat teruja apabila Pulau Pinang berjaya mengekang kemaraan Sarawak selaku pasukan separuh akhir Piala Malaysia 2013. Pulau Pinang berjaya mengekang mereka sehingga ke masa tambahan, itu pun akibat seorang pemain di layangkan kad merah....penyokong cukup berbangga sekali dengan aksi yang di tunjukan oleh setiap pemain Pulau Pinang.

2 minggu lepas semasa perlawanan Pulau Pinang dan Sabah di Stadium Bandaraya sekali lagi aksi setiap pemain Pulau Pinang memang amat membanggakan walaupun terpaksa mengakui kehebatan Sabah yang berjaya mendapat jaringan awal pada minit ke 15 separuh masa pertama. Namun setelah tamat permainan Pulau Pinang menang dengan jaringan 3 - 1.

Apa yang menggusarkan kini adalah apabila Pulau Pinang di aibkan oleh PDRM dengan jaringan 5 - 1. Perkara yang difikirkan seperti tidak masuk akal kerana tewas dengan begitu teruk sekali sehingga ada yang mendakwa telah berlakunya " rasuah ", tetapi perkara ini masih belum disahkan dan dalam peringkat siasatan.

Peminat-peminat bolasepak Pulau Pinang masih lagi mengharapkan perkara "rasuah" tersebut tidak berlaku, dan mereka kini menunggu tarikh keramat 7hb Feb 2014 nanti di Stadium Bandaraya kerana bakal menyaksikan pertarungan antara Pulau Pinang dan Uitm.

Di sini akan menentukan segalanya samada benar atau tidak anggapan segelintir orang berkaitan aksi pemain Pulau Pinang....Desas desus mengatakan yang Pulau Pinang akan menang dengan 4 - 0.  Namun saya tidak berani mengatakan ianya benar atau tidak,  sama-sama kita saksikanya nanti.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM TERHEBAT  DISINI

No comments:

Post a Comment