})();

nuffnang

15 January 2014

Felda United Sedia Menggegar



KETUA jurulatih baharu Felda United, Irfan Bakti Abu Salim optimis mampu membawa skuad kendaliannya kembali beraksi dalam kancah Liga Super musim depan.
Irfan berkata, gandingan muka baharu dan berpengalaman mampu menghadirkan kejayaan kepada skuad The Settlers itu dalam saingan Liga Premier musim ini.
"Rata-rata pemain kami adalah muka baharu dan mereka bertekad untuk mengembalikan maruah Felda United FC iaitu kembali semula beraksi dalam saingan Liga Super pada 2015," katanya kepada pemberita selepas majlis pengenalan pasukan Felda United di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur malam kelmarin.
Menyentuh mengenai persiapan pasukan, Irfan berkata, anak-anak buahnya telah mengadakan beberapa aksi persahabatan pramusim di Australia dan Singapura.
Pada masa sama, beliau turut berpuas hati corak persembahan yang dipamerkan tiga pemain import - Zah Rahan Krangar dan Edward Junior Wilson, kedua-duanya dari Liberia serta Yaroslav Krushelnitskiy (Uzbekistan).
Ditanya mengenai pemilihan Mohd. Shukor Adan selaku kapten, Irfan berkata, keputusan berkenaan dibuat berdasarkan pengalaman serta sifat kepimpinan berwibawa yang ada dalam bekas pemain pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu.
"Saya yakin gandingan Shukor bersama penolong kapten, Indra Putra Mahayuddin termasuk dua pemain senior, Shahrulnizam Mustapa dan Mohammad Khairul Ismail mampu membimbing pemain muda yang lain," katanya.
Dalam pada itu, Shukor melahirkan keyakinan gandingan pemain muda dan berpengalaman mampu memberikan cabaran kepada pasukan lain musim ini.- Kosmo


No comments:

Post a Comment