})();

nuffnang

27 January 2014

Final Frenz Remaja 2014 - Malaysia ( Iran VS Slovakia )



Perlawanan yang cukup hebat Frenz Iran Dan Slovakia menyaksikan Slovakia menang 2-0 , jaringan dihasilkan pada masa tambahan pertama setelah kedua-dua pasukan terikat dengan 0-0.

Iran terpaksa bermain dengan 10 orang sahaja apabila pertahanan harapan mereka telah di layangkan kad merah.

Frenz Slovakia membawa pulang hadiah wang tunai USD50,000.00  dan Frenz Iran membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak USD25,000.00    .

Tahniah diucapkan kepada semua team yang terlibat..

                        


Keputusan Terkini Liga Super Dan Liga Perda Malaysia 2014

Liga Super Malaysia bagi musim 2014 edisi yang ke – 11 adalah yang terbaik ekoran terdapat beberapa pasukan yang akan menjadi pilihan untuk bergelar juara antaranya Kelantan, ATM, Lions XII, Selangor, Pahang dan Johor Darul Takzim yang dibarisi oleh pemain sensasi negara dan juga tonggak pemain import mereka Mengenainya, dua belas pasukan bertanding iaitu enam pasukan negeri, lima pasukan dari kelab dan satu pasukan wakil dari Singapura Di bawah merupakan jadual perlawanan dan kedudukan terkini mahupun keputusan Liga Super Malaysia 2014 yang akan dikemaskini secara automatik Peminat bola sepak tempatan khususnya bagi Liga Super Malaysia hanya perlu klik judul tab pada ruangan kotak aplikasi dibawah League table|Results|Fixtures untuk sebarang maklumat terkini mengenai pasukan

16 January 2014

Sejarah Penubuhan Bolasepak ATM



Tarikh sebenar penubuhan PBAT tidak dapat dikenalpasti, tetapi sukan bolasepak ini telah mula dimainkan di dalam ATM semenjak tertubuhnya pasukan bersenjata ini di Malaysia (Malaya ketika itu) lagi. Mengikut dari maklumat yang diperolehi, British Forces jugalah yang mula memperkenalkan pertandingan bolasepak di Malaysia dengan mewujudkan Kejohanan Tertinggi Piala HMS Malaya (kini dikenali sebagai Piala Malaysia) yang menjadi rebutan negeri-negeri termasuk Singapura pada tahun 1921. Singapura telah muncul sebagai pasukan pertama yang menjuarai piala ini pada tahun tersebut.
Walau bagaimanapun selaras dengan perkembangan bolasepak Malaysia menuju era professional, ATM telah menyertai Liga Semi-Profesional yang mula diperkenalkan pada tahun 1989.
Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera (PBAT) adalah badan yang bertanggungjawab menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan sukan bolasepak di dalam Angkatan Tentera Malaysia. PBAT dibantu oleh Persatuan Bolasepak Perkhidmatan (PBTD, PBTLDM dan PBTUDM) sebagai ahli gabungan bagi menyelaras aktiviti sukan bolasepak di peringkat perkhidmatan Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara. Memandangkan sukan bolasepak adalah sukan paling popular di Malaysia, justeru ATM tidak terkecuali dari hakikat ini. Sehubungan itu bolasepak di dalam ATM dimainkan sebagai permainan untuk bersosial (social game) dan secara kompetitif di mana ATM turut menyertai Liga Malaysia iaitu liga bolasepak peringkat tertinggi yang dikelolakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Selaras dengan peranannya PBAT turut menjadi ahli gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan menyokong dan mengambil bahagian di dalam semua aktiviti dan program yang dianjurkan oleh badan induk bolasepak secara langsung bernaung dan terikat dengan segala peraturan, polisi dan perlembagaan Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT) yang bertindak sebagai badan kawalan semua aktiviti sukan di dalam ATM.

JADUAL PERLAWANAN ATM MUSIM 2014

TARIKHPERLAWANANMASA
18.01.2014 Sabtu (LIGA SUPER)
ATMmlnSARAWAK8.45 mlm
21.01.2014 Selasa (PIALA FA)
KL SIME DARBYmlnATM8.45 mlm
24.01.2014 Jumaat (LIGA SUPER)
PKNS FCmlnATM8.45 mlm
28.01.2014 Selasa (LIGA SUPER)
ATMmlnPERAK8.45 mlm
08.02.2014 Sabtu (LIGA SUPER)
T-TEAMmlnATM8.45 mlm
15.02.2014 Sabtu (LIGA SUPER)
ATMmlnLIONS XII8.45 mlm


#PASUKANPMSKJBPGMATA
1ATM00000000
2Johor DT00000000
3Kelantan00000000
4T-Team00000000
5PKNS FC00000000
6Pahang00000000
7Perak00000000
8Sarawak00000000
9Selangor00000000
10KL Sime Darby00000000
11Lions XII00000000
12Terengganu00000000

Jersey ATM 2014

Senarai Penuh Pemain Liga Super Kelantan 2014

Pemain Baru Kelantan 2014

DF:
Aziz Ismail
Faiz Suhaimi ( Baru )
Tuan Faim ( Baru )
Faizul Nazlin Sayuti ( Baru )
Nik Shahrul Azim
Zairul Fitree Ishak
Farisham ismail
Nazri Ahmad ( Baru )
Obinna Nwaneri
MF:
Badhri Radzi
Mohamad Shawky ( Baru )
Amar Rohidan ( Baru )
Brendan Gan ( Baru )
Khairul Izuan Rosli
Tengku Hasbullah ( Baru )
Zaharul Nizam ( Baru )
ST:
Ghaddar ( Baru )
Forkey Doe ( Baru )
Fakri Saarani
Shakir Ali ( Baru )
Famirul Asyraf Sayuti ( Baru )

Jadual - Sepak Mula Liga Super 2014

17 Januari 2014                   -         Pahang VS Lions  X11              -         8.45 Malam

18 Januari 2014                   -        Selangor VS T .Team                 -         4.45 Petang

                                            -      Trengganu VS PKNS                  -         8.45 Malam

                                            -      Johor JDT    VS Perak                -         8.45 Malam

                                            -      Kelantan VS Sime Darby FC       -         8.45 Malam

                                            -      ATM  VS Sarawak                      -         8.45 Malam

24 Januari 2014                    -      PKNS FC  VS  ATM                 -         8.45 Malam

25 Januari 2014                    -      Lions XII  VS Selangor                -        7.45 Malam

                                            -      Sarawak VS Kelantan                  -         8.15 Malam

                                            -      T Team FC VS Johor JDT            -        8.45 Malam

                                            -      Sime Darby FC  VS Pahang          -        8.45 Malam

                                            -     Perak VS Trengganu                      -        8.45 Malam

28 Januari 2014                    -     Selangor VS Pahang                      -        4.45 Petang

                                             -     Sarawak VS Sime Darby FC        -        8.45 Malam

                                             -     ATM VS Perak                            -        8.45 Malam

                                             -     Terengganu VS T Team                -        8.45 Malam

                                             -    Kelantan  VS PKNS FC                -       8.45 Malam

                                             -    Johor JDT VS Lions XII                 -       8.45 Malam

DAPATKAN PANDUAN EBOOK PASAR MALAM ANDA BAGI MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN

15 January 2014

Felda United Sedia Menggegar



KETUA jurulatih baharu Felda United, Irfan Bakti Abu Salim optimis mampu membawa skuad kendaliannya kembali beraksi dalam kancah Liga Super musim depan.
Irfan berkata, gandingan muka baharu dan berpengalaman mampu menghadirkan kejayaan kepada skuad The Settlers itu dalam saingan Liga Premier musim ini.
"Rata-rata pemain kami adalah muka baharu dan mereka bertekad untuk mengembalikan maruah Felda United FC iaitu kembali semula beraksi dalam saingan Liga Super pada 2015," katanya kepada pemberita selepas majlis pengenalan pasukan Felda United di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur malam kelmarin.
Menyentuh mengenai persiapan pasukan, Irfan berkata, anak-anak buahnya telah mengadakan beberapa aksi persahabatan pramusim di Australia dan Singapura.
Pada masa sama, beliau turut berpuas hati corak persembahan yang dipamerkan tiga pemain import - Zah Rahan Krangar dan Edward Junior Wilson, kedua-duanya dari Liberia serta Yaroslav Krushelnitskiy (Uzbekistan).
Ditanya mengenai pemilihan Mohd. Shukor Adan selaku kapten, Irfan berkata, keputusan berkenaan dibuat berdasarkan pengalaman serta sifat kepimpinan berwibawa yang ada dalam bekas pemain pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu.
"Saya yakin gandingan Shukor bersama penolong kapten, Indra Putra Mahayuddin termasuk dua pemain senior, Shahrulnizam Mustapa dan Mohammad Khairul Ismail mampu membimbing pemain muda yang lain," katanya.
Dalam pada itu, Shukor melahirkan keyakinan gandingan pemain muda dan berpengalaman mampu memberikan cabaran kepada pasukan lain musim ini.- Kosmo


Chong Wei Mampu Bangkit

               

KUALA LUMPUR - Kekalahan Datuk Lee Chong Wei buat kali keempat berturut-turut kepada Chen Long di perlawanan akhir Siri Super Terbuka Korea kelmarin tidak merisaukan jurulatihnya, Tey Seu Bock.

Sebaliknya beliau yakin, pemain nombor satu dunia itu mampu mempertahankan gelaran Siri Super Premier Terbuka Malaysia yang membuka tirai hari ini.

Kelmarin, Chong Wei mengakui, Chen Long semakin liat untuk ditumbangkan dan hampir menyamai prestasi Lin Dan setelah kalah kepada pemain sensasi China itu straight set 14-21, 15-21 di Seoul seterusnya memadamkan impiannya untuk meraih gelaran sulung 2014.

Menurut Seu Bock, beliau menonton perlawanan itu dan akan berbincang dengan Chong Wei sebaik pemain tersebut kembali ke Malaysia.

"Kita akan menganalisis semula prestasinya dan saya yakin dia masih mempunyai peluang untuk merangkul gelaran Terbuka Malaysia buat kali ketujuh berturut-turut dan kesepuluh dalam kariernya," katanya di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.

Selain berjaya mempertahankan kejuaraan sejak 2008 hingga tahun lalu, Chong Wei juga pernah meraih gelaran ini pada 2004, 2005 dan 2006.

Seu Bock berkata, penganjuran Siri Super Premier buat kali pertama di Terbuka Malaysia bakal menyaksikan kehadiran pemain terbaik dunia, namun ia bukan halangan buat Chong Wei mengekalkan gelaran terutama beraksi di hadapan peminat tempatan.

"Dia mempunyai kelebihan kerana beraksi di gelanggang sendiri, memang kalau dilihat daripada undian yang dilakukan bukan mudah untuknya merangkul kejuaraan tetapi juga bukan alasan buat Chong Wei untuk tidak mempamerkan aksi terbaik.

"Selain Chong Wei, pemain negara yang lain perlu merebut peluang dan buktikan bahawa mereka mampu menggalas cabaran negara. Mereka perlu mempamer tahap permainan terbaik serta menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa mereka pemain yang tidak bagus," katanya.


Chong Wei akan bertemu pemain Denmark, Hans-Kristian Vittinghus pada pusingan pertama, manakala lawannya di pusingan kedua mungkin pemain China, Wang Zhengming . Seorang lagi pemain China, Du Pengyu berkemungkinan akan menjadi halangannya di peringkat suku akhir.

Melihat carta undian, Chong Wei dijangka bertemu pemain Denmark, Jan O Jorgensen atau pemain Thailand, Boonsak Ponsana di peringkat separuh akhir. - Utusan


© Utusan Melayu (M) Bhd 

KAFA sasar Kelantan juara Liga Malaysia

KOTA BHARU 14 Jan. - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menetapkan sasaran untuk meraih kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia yang bakal bermula pada 18 Januari ini.

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, sasaran tersebut dilihat realistik bersandarkan kepada adunan pemain yang membarisi pasukan pada musim ini. - UTUSAN ONLINE


Frendz United Malaysia